Seperti yang dilaporkan oleh warga kerja 'Kisah Keluargaku', iaitu hubbyku sendiri ketika mengunjungi rumah ibunya pagi tadi bahawa sumbangan hadiah-hadiah untuk malam gala Hari Raya pertama telahpun berada di rumah Tok Yah (tengok gambar di atas).
Wow!!!....siapakah gerangannya yang bernasib baik membawa pulang Beg Tangan wanita berjenama Bonia sumbangan ikhlas daripada keluarga Pak & Mak Cik?
Adakah peristiwa lama akan berulang lagi di mana keluarga Pak Teh / Mak Teh secara tidak sengaja akan bertukar hadiah dengan keluarga Pak Cik / Mak Cik? Mungkin ya (a min), mungkin juga tidak.......
Ataupun mungkinkah hadiah beg tangan wanita berkenaan akan dimiliki oleh bakal-bakal menantu? kerana sekarang ini ada dua anak teruna (anak saudara lelaki) yang masih lagi bertunang? ataupun akan dimiliki oleh ibu-ibu muda / lama? kerana perlu diingatkan di sini bahawa mana-mana anak-anak lelaki / teruna yang belum berkahwin, dan ditakdirkan dapat hadiah berkenaan, maka secara mutlaknya perlu dihadiahkan kepada ibu-ibu mereka dan tidak kepada .......ehem...ehem.....
Kita tunggu apa kesudahannya pada malam 30hb Ogos nanti.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan