Translate
Sabtu, 24 Disember 2011
Jalan-Jalan Cari Makan Di Taiping
Oleh Roslan Saidin:
Hari ini aku bercuti semata-mata untuk mengambil anak-anakku pulang bercuti kerana cuti umum sempena sambutan Hari Raya Krismas. Dalam perjalanan ke Seri Iskandar, Perak, aku serta keluarga berhenti sekejap untuk menjamu sarapan pagi di Nasi Lemak Warong Muhibbah yang amat terkenal di Taiping, Perak. Lokasi perniagaannya terletak di Tupai, Taiping iaitu berdekatan dengan Taman Tasik Taiping.
Ini dia menu specialnya Nasi Lemak kuah Sotong....pergggggh memang terangkat rasanya
Tengok tu, anak-anakku sibuk memesan nasi lemak mereka...
Heeeemmmm...sedapnya. Boleh ke ayah belanja lagi?
Tuan punya kedai tengah sibuk meminta pesanan pelanggan-pelanggannya...ada Melayu, Cina dan Indiapun ada....patutlah kedainya bernama Warong Muhibbah.
Tengoktu...anakku makan sampai habis lincin..................
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan