Translate

Ahad, 4 Disember 2011

Jalan-Jalan Dan Makan-Makan


Pada hari Selasa yang lepas aku terpaksa membawa anakku, Radzie  keluar makan malam di Restoran bersebelahan dengan jambatan Sungai Semeling, Kedah. Bukannya apa, lama tidak membawa mereka makan di situ sambil menikmati keindahan sungai Semeling dan hutan paya bakaunya yang indah.

Kubah bulat di sebelah kiri itu adalah replika rumah untuk memproses kayu paya bakau menjadi arang kayu. Manakala restorannya pula terletak di sebelah kanan. 



Menghampiri restoran yang di maksudkan....



Bot-bot kecil dan mewah berlabuh di jeti kecil yang di bina untuk tujuan persendirian dan komersial ( bot sewa).



Aktiviti memancingpun, dibenarkan di sini.



 Bot marin pun juga berlabuh di sini.


Asyiknya mereka memancing.....



 Ini dia masakan kegemaran keluargaku sudah sampai....hmmmm ikan siakap masak tiga rasa...memang meruntun jiwa.



 Anis....malu-malu pulak...habis 2 pinggan licin



Hai .... Najmi senyum meleret nampak.....nak tambah lagilah tu...tengok macam mak dia tu...slow & steady...

Nak tau...sebab apa kena belanja Radzie...?   tunggu episod berikutnya....

Tiada ulasan: