Translate

Rabu, 13 Julai 2011

Nasi Arab Kepala Batas Yang "Special"



Nama kedai asalnya (seperti gambar di atas) tidaklah se popular nama Nasi Arab jualannya....Beroperasi di tengah-tengah pekan Kepala Batas. Waktu jualannya sekitar lewat petang hinggalah ke tengah malam. Selalunya aku dan keluarga pergi awal sikit. Kalau tidak, nasi popularnya, Nasi Arab akan habis awal dan diganti dengan nasi putih sahaja. Jadi, nasihat saya, kena datang awal sikitlah.....


Yang peliknya, operasi jualan makanannya dibuat diluar kedai. Betul-betul di depan kedai di atas tadi. Tengok tu, orang ramai bersesak-sesak beratur untuk mendapat giliran.


Walaupun berkonsepkan layan diri, tapi untuk pesanan dan hidangan minuman mesti yang terbaik punya.......


Buktinya....air minuman akan sampai dulu berbanding dengan makanan yang  terpaksa ditunggu kadang-kadang sehingga 1/2 jam......Tapi pasal sedap, semuanya tidak menjadi masalah.


Anak ku yang bongsu ini, begitu fanatik dengan Nasi Arab ini. Belumpun start makan, dah nak pesan tambah nasi setengah..


Inilah nasinya...Nasi Arab Kepala Batas. Sungguh sedap dan menyelerakan....

Tiada ulasan: