Menghampiri Pekan kecil Kuala Sepetang yang tenang lagi tenteram. Dahulunya dikenali sebagai Port Weld. Rata-rata penduduk di sini adalah peniaga-peniaga kecil dan para-para nelayan.
Sampai saja di Kuala Sepetang, terus singgah di pelabuhan nelayan. Banyak udang segar dijual di sini . Yang bagusnya tidak ada peraih selain kita boleh beli terus di kedai pungutan hasil tangkapan ikan, udang dan ketam.
Udang Kertas Yang Segar...1kg cuma RM??? Tak boleh bagi tahu..nak tahu datang sendiri..
Suamiku sempat beli 2 Kilogram sahaja.
Hemmm...boleh tahan juga besarnya
Inilah bot nelayan Cina yang berlabuh pagi tadi.....
Sempat merakamkan gambar bot nelayan yang baharu nak berlayar ke lautan dalam.
Gambar bot yang baru keluar daripada pelabuhan untuk menangkap ikan dan udang.
Nelayan-nelayan Cina yang kebanyakannya rehat sebentar apabila selesai kerja-kerja memunggah ikan dan udang.
Woow..besarnya ketam...nanti bolehlah berikan seekor dua ketam kepada ibu mertuaku..
Lagi gambar ketam Kuala Sepetang....pasti terleleh air liur suamiku...
Nak masak resepi apa hari ini?
Sempat juga berposting dengan anak-anakku...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan