Translate

Sabtu, 30 Julai 2011

Anakku Khairuzshida tamat PLKN....

Bas PLKN yang ditunggu-tunggu akhirnya sampai seperti yang dijadualkan. Sekejab sahaja anakku pergi ke PLKN. Sedar tak sedar, sudah 2 1/2 bulan dah.



Ramai yang dah turun daripada BAS PLKN termasuklah anak aku, Khairuzshida.



Banyaknya barang..mai sini mak nak tolong angkatkan....



Radziepun tidak melepaskan peluang untuk tolong kakaknya. Tengok tu...kuat juga dia ni...Anis pula tengok saja ke.....?



Sebelum balik..kena sign discharge dahulu...Apa-apapun ucapan terima kasihlah kepada kerajaan Malaysia terutamanya warga kerja PLKN Bukit Besar, Kulim kerana khidmat mereka untuk rakyat. 



 Haii...ingatkan dah habis ambil barang...ada lagi ke?......


Jom...ayah dah tunggu lama. Lepas ni kena pi rumah Tok Yah pula. Tok Yah dah masak special untuk anak dan cucu-cucunya.



Kawat...kawat jangan tak kawat..kiri, kanan, kiri, kanan...haiiik Radzie pula nak bersilat ke nak berkawat?

Tiada ulasan: