Translate

Ahad, 3 Jun 2012

Hari Pendaftaran Latifi Di UiTM Seri Iskandar, Perak


Oleh Roslan Saidin:

Syukur Alhamdulillah, seperti juga abang dan kakaknya, anakku yang ketiga, Latifi akhirnya berjaya menjejakkan kakinya ke menara gading. Itulah impiannya dan juga impian kami sekeluarga. 

Kami sekeluarga bertolak seawal pulul 5.30 pagi dari Butterworth dan sempat berhenti bersolat subuh di R&R Bukit Merah sebelum ke Taiping untuk berserapan pagi di warong Nasi Lemak Muhibah yang menjadi kegemaran anak-anakku berserapan pagi sejak dari dulu lagi. Maklumlah kami sekeluarga suatu ketika dulu pernah tinggal di Taiping (di antara tahun 1989 sehingga tahun 1995). Tambahan pula Hakimi, Shida dan Latifi merupakan anak-anak kelahiran Taiping, Perak. Jadi, Taping merupakan tempat singgahan kami jika aku dan keluarga keluar ke arah Selatan tanah air. 


Apa yang aku perhatikan, anakku Latifi asyik tersenyum semasa dalam perjalanan ke UiTM Seri Iskandar. 

 

Suasana di luar dewan semasa waktu pendaftaran. Teratur dan ramai pelajar senior serta kakitangan yang membantu bagi kelancaran semasa hari pendaftaran. Syabas, kepada warga kerja UiTM Seri Iskandar kerana persediaan mereka yang mantap.




Walaupun tidak banyak, ada juga meja-meja yang disediakan secara santai bagi memudahkan pelajar-pelajar baru mengisi borang untuk masuk ke Asrama.

Tengok...Latifi tengah tekun mengisi borang dan dibantu oleh adik kesayangannya, Anis.



Najmipun turut serta tidak melepaskan peluang membantu abangnya mana-mana yang patut.




Suasana di luar dewan pendaftaran.





Bergegas ke bilik no. 129, Tingkat 1, Asrama Angsana setelah mendapat kunci. Memang menjadi kebiasaan, dalam hal mengemas dan menyusun barang dalam bilik ini, aku serahkan tugas ini kepada emaknya.

Gambar ini diambil ketika berjalan ke arah bilik Latifi yang berdekatan dengan tangga.





Ramai pelajar-pelajar senior yang membantu kelancaran hari pendaftaran pelajar baru.





Dewan makan juga berdekatan dengan asrama. 


Tiada ulasan: