Translate

Ahad, 9 Oktober 2011

Jalan -Jalan Dan Survey-Survey Sekitar UITM Sri Iskandar, Perak


Memang menjadi kebiasaan suamiku untuk meninjau dahulu mana-mana tempat yang beliau hendak pergi. Alasannya, seperti biasa supaya beliau tidak akan kelam-kabut bila pergi kali yang kedua nanti. Maklumlah, perjalanan yang jauh ni, kadang-kadang memerlukan ketepatan masa dan kebiasaan berada di tempat berkenaan kerana maklumlah bila dah ramai orang yang datang nanti, bolehlah guna plan jalan A ke, B ke atau C. Kebetulan hari ini aku dan suami bercuti dan tidak ke mana-mana, jadi bolehlah aku mengikutinya meninjau tempat-tempat  baru yang belum pernah aku pergi.



Gambar ketika berada di sekitar pintu masuk utama...


Bangunan pentadbiran terletak di hadapan sekali berhampiran dengan pintu masuk utama.



Sekitar Asrama pelajar perempuan. Bersih dan cantik. Asrama lelaki pula hanya beberapa meter sahaja di hadapan.


Kawasan padang permainan yang luas mata memandang...tapi, cuaca di sini agak panas terik  agaknya melebihi 38 Darjah Celcius. Bahang panasnya amat memeningkan kepala sehinggakan air-cond dalam kereta akupun tiba-tiba sahaja menjadi  kurang sejuk. Mungkin kawasan di sini yang kurang pokok-pokok dan tumbuhan hijau mengurangkan kelembapan dan kesejukan  udara sekitar kawasan Bandar Seri Iskandar.



Sekitar bangunan Masjid yang indah dan tenang....
 

Dewan Besar Seri Iskandar....


Haa..ini dia Bangunan Kajian Senibina ....

InsyaAllah moga-moga hari pendaftaran anakku di sini pada 16/11/2011 nanti, akan berjalan dengan lancar hendaknya.

Tiada ulasan: