Translate
Jumaat, 7 Oktober 2011
Mak Lang & Pak Lang Berangkat Ke Tanah Suci Mekah
Hari yang ditunggu-tunggu telahpun tiba. Hari ini Pak Lang Dan Mak Lang berangkat ke Mekah bagi mengerjakan ibadat Haji. Ramailah sanak saudara yang datang berhimpun seawal jam 7 pagi di rumah Tok Yah bagi mengucapkan selamat pergi dan balik kepada Mak Lang & Pak Lang.
Moga-moga Mak Lang & Pak Lang tenang dalam menunaikan Rukun Islam Yang ke 5 selain mendapat Haji yang Mabrur. InsyaAllah.
Suasana sedih amat terasa sekali kerana Mak Lang & Pak Lang amat jarang berjauhan dengan keluarga.
Teringat suasana yang sama bilamana Tok Yah pergi mengerjakan Haji 16 tahun yang lalu. Kini giliran anak-anaknya ...... aku pula bila lagi?....InsyaAllah, sampailah ke sana nanti....
Layan video ini...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan