Translate
Ahad, 21 Ogos 2011
Bersahur Di Pagi 21 Ramadhan
Bangun sahur...bangun sahur..ucapan popular ayahnya ketika bulan puasa bagi 'mengejut' anak-anakku yang nyenyak tidur. Biasanya di hari-hari minggu / cuti, aku dan suami akan bangun seawal 3.30 pagi dan keluar ke pekan untuk membeli juadah untuk bersahur. Hubby aku, selalunya akan pekena nasi kandar kesukaannya. Manakala aku dan anak-anak cukup sekadar roti canai atau roti telur sahaja.
Ini dia roti telur dan teh tarik bungkus yang baru dibeli di pekan Kepala Batas. Walaupun ringkas, di sebabkan ianya panas dan fresh, menjadi kegemaran anak-anakku ketika bersahur.
Hai....belum bangun lagi ke?.....kadang-kadang tu lepas dua kali round-up masih lagi lengang..biasalah tu. Bukannya senang nak 'gerak' anak-anak ni. Kalau hubby tu...selalunya no problem.....dalam banyak keadaan, akulah yang digeraknya selalu ...ha..ha..ha...
Seperti biasa anakku yang pertama-tama bangun....cuba teka? ha..Latifi, tengok ! mata masih lagi pejam. Tapi, semangat untuk bersahur tetap tak luntur. Di bulan-bulan puasa ini, pihak asrama sekolah selalunya membenarkan pelajarnya bermalam di rumah pada tiap-tiap minggu berbanding dua bulan sekali seperti hari-hari biasa.
Dan seperti biasa jugalah anakku, Najmi dan Radzie amat liat untuk bangun awal...tengok 'kerekot' lagi...ada la!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan