Translate
Isnin, 8 Ogos 2011
Pak Tam Jadi Chef Pulak
Kali ini suamiku yang update blog ini pasal nak cerita pasal Pak Tam yang serba boleh ini. Daripada seorang pengacara bertaraf lima bintang. Tup-tup hari ini Pak Tam tukar profession pulak jadi Chef lima bintang. Kalau tak percaya tengoklah sendiri gambar tebaru Pak Tam yang di MMS sendiri petang tadi. Siap dengan Apron tajaan Maggi lagi. Katanya menu masakan hari ini adalah resepi terkenal dari Mexico. Iaitulah 'Sup bunjut batang sawi '...
Haaa..kan dah kata. Tengoklah hasil air tangan Pak Tam. Sungguh menyelerakan. Tak sia-sialah Pak Tam belajar memasak masa di rumah bujang dulu. Lepas ni, tak payahlah Pak Tam pergi makan nasi kandaq dan steam boat kat Tanjong lagi......
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan