Translate
Ahad, 21 Ogos 2011
Gotong Royong Hari Raya 2011
Seperti biasa sebelum raya, ayah dan anak-anak aku akan menjalankan aktiviti membersih dan mengemas rumah. Dari mula-mula kahwin sehinggalah ada 6 orang anak, semua tugas membersih rumah sebelum Hari Raya ditugaskan ke atas bahu ayah dan anak-anaknya. Maklumlah tak ada orang gaji, kena buat sendirilah....mujurlah anak-anak telah dididik dari kecil lagi supaya bertanggungjawab dalam kerja-kerja rumah. Tambahan pula mereka dah besar sekarang...ringanlah sikit kerja ayahnya....
Tengok tu...rajinnya mereka...ada yang vakum ....ada yang cuci air-cond. Ini baru rumah di Telok Air Tawar, Butterworth...minggu depan di Sungai Petani pula....Di Sungai Petani kena ramai sikit...just nice, kebetulan Abang Long akan pulang bercuti dari UITM Jengka, Pahang....27/08/2011 nanti...
Terus bersemangat.......nak rayalah katakan......
Kalau gayanya lagu ini, mungkin bila ayahnya pencen nanti bolehlah cuba-cuba buka bisnes 'cleaning services'....satu keluargapun dah cukup...tengok video atas dan bawah........
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan