Hari ini aku dan Hubby dengan berat hati terpaksa menolak jemputan berbuka puasa di rumah Tok Yah ( khabarnya ramai ahli keluarga yang datang kerana Pak Chik DD sudah sampai dan balik beraya hari ini) kerana atas desakan anak-anakku yang ingin berbuka puasa bersama-sama dengan Abang Long yang baru balik beraya di rumah. Tambahan pula setelah penat bergotong-royong, sudah tiba masanya ayah dan emaknya menyediakan menu berbuka yang 'terbaik punya' untuk anak-anak.
Jadi seperti biasa, ada la tiga atau empat menu masakan kegemaran mereka yang selalu disediakan oleh aku serta hubby untuk sajian berbuka puasa dan bersahur. Antaranya :
Udang bakar bercili
Ayam bakar......
Dan Ikan pari bakar.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan