Translate

Rabu, 31 Ogos 2011

BBQ Raya 2011 Yang Happening...


Malam BBQ Raya 2011  di rumah Tok Yah telah berjalan dengan lancar seperti yang dijangkakan. Lebih-lebih lagi kerana ianya dikendalikan oleh Pak Tam yang terkenal dengan pengacaraan yang  santai lagi tersendiri...Apa-apapun performance Pak Tam pada malam BBQ Raya ini amat baik dan happening sekali...

Sila tengok video di bawah:





Seperti biasa, celoteh-celoteh Pak Tam dalam melayan bakat-bakat anak saudara amatlah menghiburkan. Maka tidak hairanlah dan bolehlah dikatakan bahawa semua anak saudara begitu teruja untuk beraksi bila ditemuramah oleh Pak Tam, termasuklah anak-anak aku. Sila lihat gambar di atas dan di bawah.



Anakku, Anis juga tidak ketinggalan untuk ditemu bual oleh Pak Tam dengan beberapa soalan yang menghiburkan para-para keluarga yang hadir. Pendek kata, sememangnya telatah Pak Tam yang tidak kering idea itu amat menyegarkan lagi aturcara dan perjalanan BBQ Raya dari mula sehinggalah  ke akhirnya.  
 

Tengok tu, kebolehan anak Pak Su, Syafi bermain mini drum dengan teknik yang betul amat mengagumkan semua orang walaupun, umurnya masih lagi muda, seawal 4 tahun. Sememangnya  Safie mempunyai bakat yang besar seperti bapanya.



Anak-anakku juga telah melakukan yang terbaik dalam persembahan mereka. Walaupun sibuk dengan aktiviti-aktiviti rumah, aku tabik 'spring' di atas kebolehan mereka yang jarang-jarang aku tengok. Tahniah kepada mereka di atas kebolehan luarbiasa yang aku sendiri tidak sama sekali duga...

Sila lihat video di bawah:


Amboi...mersiknya suara Shida....kalau ada audio yang sesuai tentunya akan bertambah sedap....Apa-apapun "we are proud of you"......juga kepada Najmi dan Tipi.



Menyampaikan lagu nasyid dengan penuh semangat........




Pak Cik & Mak Cik serta  anak-anaknya telah memberikan persembahan yang terbaik pada malam itu. Maka...memang tepatlah pilihan juri yang telah menobatkan mereka sebagai persembahan keluarga terbaik pada malam itu....Syabas Pak / Mak Cik..!! Tak sangka ye ...Doktor pun ada masa untuk berlatih dengan anak-anak.

 

Anak-anak Pak Tam juga tidak melepaskan peluang mempersembahkan sketsa pendek mereka.



Walaupun hanya mendapat tempat ke 3 dalam persembahan mereka. Persembahan anak-anakku tetap menghiburkan semua keluarga yang hadir pada malam itu.... nampaknya, perlu berlatih dengan lebih gigih lagi di masa-masa hadapan.




Tempat ke 2 telah dimenangi oleh keluarga Pak Su melalui persembahan luar biasa anak tunggal mereka, Syafi yang baru berumur 4 tahun....memang sungguh berbakat budak cilik ini....dan tak sia-sialah bapanya mempunyai showbiz sendiri......


Apa-apapun, terima kasih banyak kepada Pak Tam di atas komitmen beliau menjayakan BBQ Raya 2011 dengan berkesan. Well done Pak Tam!!! sanggup buat dua event dalam sehari...bukan calang-calang orang boleh buat lagu tu....



Dan Tahniah kepada keluarga Makndak / Pakndak kerana berjaya membawa pulang hadiah utama berupa beg tangan wanita Bonia.......

Jumpa lagi di event yang sama pada Hari Raya tahun hadapan..InsyaAllah.

Isnin, 29 Ogos 2011

Sumbangan-Sumbangan Hadiah Hari Raya Sudah Ada Di Rumah Tok Yah

  

Seperti yang dilaporkan oleh warga kerja 'Kisah Keluargaku', iaitu hubbyku sendiri ketika mengunjungi  rumah ibunya pagi tadi bahawa sumbangan hadiah-hadiah untuk malam gala Hari Raya pertama telahpun berada di rumah Tok Yah (tengok gambar di atas). 

Wow!!!....siapakah gerangannya yang bernasib baik membawa pulang Beg Tangan wanita berjenama Bonia sumbangan ikhlas daripada keluarga Pak & Mak Cik?

Adakah peristiwa lama akan berulang lagi di mana keluarga Pak Teh / Mak Teh secara tidak sengaja akan bertukar hadiah dengan keluarga Pak Cik / Mak Cik?  Mungkin ya (a min), mungkin juga tidak.......

Ataupun mungkinkah hadiah beg tangan wanita berkenaan akan dimiliki oleh bakal-bakal menantu? kerana sekarang ini ada dua anak teruna (anak saudara lelaki) yang masih lagi bertunang? ataupun akan dimiliki oleh ibu-ibu muda / lama? kerana perlu diingatkan di sini bahawa mana-mana anak-anak lelaki / teruna yang belum berkahwin, dan ditakdirkan dapat hadiah berkenaan, maka secara mutlaknya  perlu dihadiahkan kepada ibu-ibu mereka dan tidak kepada .......ehem...ehem.....

Kita tunggu apa kesudahannya pada malam 30hb Ogos nanti.....

Buat Pertama Kalinya Semua Anak-Anakku Berkumpul Untuk Berbuka Dan Bersahur Di Rumah

Hari ini aku dan Hubby  dengan berat hati terpaksa menolak   jemputan berbuka puasa   di rumah  Tok Yah  ( khabarnya ramai ahli keluarga yang datang kerana Pak Chik DD sudah sampai dan balik beraya hari ini) kerana atas desakan anak-anakku yang ingin berbuka puasa bersama-sama dengan Abang Long yang baru balik beraya di rumah. Tambahan pula setelah penat bergotong-royong, sudah tiba masanya ayah dan emaknya menyediakan menu berbuka yang 'terbaik punya' untuk anak-anak.

Jadi seperti biasa, ada la tiga atau empat menu masakan kegemaran mereka yang selalu disediakan oleh aku serta hubby untuk sajian berbuka puasa dan bersahur. Antaranya :


                                                                    Udang bakar bercili



                                                                     Ayam bakar......



                                                  Dan Ikan pari bakar.....

Ahad, 28 Ogos 2011

Ini dia Hadiah Cabutan Bertuah Hari Raya


Haaa..ini dia hadiah yang dikatakan. Bermakna Pak Teh dan Mak Teh sudah bersedia untuk event BBQ Hari  Raya Aidil Fitri 2011. Siapalah yang bertuah dapat hadiah cabutan bertuah sumbangan daripada keluarga Mak Teh dan Pak Teh ini......




Letak dalam kereta siap-siap. Besok pagi Pak Teh akan hantar hadiah ini ke rumah Tok Yah.

Gotong Royong Aidil Fitri @ Sungai Petani

Hai letih baru balik dari Tapah belumpun habis, dah nak sambung buat persediaan di rumah Sungai Petani pula. Bertambahlah mencabar hubbyku dan anak-anaknya...kalau tak percaya tengok gambar video di bawah:


Cat...jangan tak cat. Hai..lama-lama kena touch-up mana-mana yang patut.  Pasal cat-mengecat ini, adalah kegemaran mereka.



Najmi....baik-baik lining tu....ikut apa yang ayah cakap tau...


Anakku yang ini, bersemangat memotong rumput.....tengok sampai terkehel kepala dia...Kita layan video di bawah:-







Mana pi la Anis dan Shida?...hai... dalam rumah masih lagi tak kemas ke?. Sekejab lagi turunlah mereka tu....soal kemas mengemas ni kena serah kepada mereka. Aku pula sibuk di dapur.

Next posting....surprise : Pak Teh dan Mak Teh dah beli hadiah Hari Raya...tunggu.....


Sabtu, 27 Ogos 2011

Operasi Balik Hari Raya Dari R & R Tapah Selesai..

Akhirnya misi membawa balik Abang Long yang transit raya di R & R Tapah telah selesai...Walaupun pada mulanya agak lambat dan kalut kerana dari pekan Tapah, kami terpaksa patah balik ke bandar Bidor. Jaraknya lebih kurang 30 km pergi dan balik. Kemudian barulah kami boleh teruskan perjalanan ke R & R Tapah yang menghala balik ke Butterworth.



Dalam perjalanan balik, rupa-rupanya ada perhentian sebelah di Simpang Pulai, Ipoh. Sepatutnya Abang Long tunggu dan transit saja di hentian sebelah Simpang Pulai, Ipoh. Jadi, tak perlulah ayahnya berpatah balik ke Bidor semata-mata untuk ke R & R Tapah. Ayahnya sebenarnya boleh terus dari Cameron Highlands ke Interchange Tapah kemudiannya ke Hentian Sebelah Simpang Pulai. Tak apa, lain kali boleh cuba lagi....mungkin masa itu destinasi bermalam akan berubah di Genting Highlands pulak. Manalah tahu kot-kot cik abang bagi ....boleh ke?...kena pujuk hubby nampaknya......


Pagi Ramadan Di Cameron Highlands...Terkini


Setelah bermalam di sini, maka tibalah masanya aku serta keluarga berangkat untuk operasi kami sebenarnya iaitulah menjemput anakku, Hakimi di R & R Tapah. Baru terima SMS daripadanya yang sekarang ini masih lagi dalam perjalanan dari Jengka ke Kuala Lumpur ( naik kereta kawannya-orang Ipoh). Sambil-sambil menunggunya bolehlah aku dan keluarga bersantai sekejab di taman-taman sekitar Tanah Rata dan membeli sedikit sayur-sayuran segar di Brincang.

Lagi video di bawah:-








Sunyinya Bersahur Di Cameron Highlands




Masih lagi becerita tentang suasana di Cameron Highlands. Oleh kerana takut ambil risiko (kedai makan tidak bukak) untuk bangun bersahur seperti biasa sekitar pukul 4.30 pagi, aku, hubby dan anak-anak terpaksa bangun seawal pukul 2 pagi. MasyaAllah sejuknya ketika itu hanya tuhan sahaja yang tahu. Ditambah pula dengan hujan renyai-renyai,  agaknya suhu dingin di luar ketika itu sekitar 12 - 14 darjah Celsius. Memang tepat telahan suami aku. Suasana di Berincang tempat aku menginap agak sunyi sepi.  Seperti yang diduga tidak banyak kedai makanan Islam yang dibuka ketika itu. Nasib baik ada satu warong kecil yang masih dibuka. Itupun tengah-tengah bersiap-siap untuk menutup operasi hariannya.

Masakannya pula bolehlah tahan .....sedap juga kata anak-anakku. ...tengok video ini selanjutnya....



Jumaat, 26 Ogos 2011

Ramadan Di Cameron Highlands.....





Hai...letihnya. Letih lagilah hubby aku. Apa tidaknya terpaksa driving 4 jam dalam keadaan hujan dan ribut yang tanpa henti. Patutlah lambat, pukul 5 petang baru sampai di Cameron Highlands. Sejuknya tersangatlah xtreem sampai ke tulang.




Sebenarnya bukanlah tujuan aku dengan keluarga untuk makan angin di sini. Tujuan asalnya hanyalah semata-mata untuk menjemput anak aku Hakimi yang terpaksa transit di R & R Tapah. Itulah...lain kali belilah tiket bas / keretapi awal sikit. Tengok apa dah jadi....yang untung, aku dan anak-anak jugak...bolehlah makan angin dan menghirup udara sejuk dan segar di tanah tinggi ini.

Waktu nak berbuka puasa dah nak dekat ni....aku terpaksa berhenti di sini dulu. Inilah pertama kali dalam hidupku berbuka puasa di Cameron Highlands. Sejuk-sejuk sebegini tentunya sajian berbuka nanti mestilah ....panas...panas.....sup ayam...tomyam....hai terleleh air liur.

Jumpa lagi....untuk Khairuzshida- Hai..apa yang Mak Ngah belanja hari ini?  Untuk Abang Long pula, jangan lupa sticker yang ayah pesan!.....

Gambar-gambar dan video terbaru.....








 
 




Khamis, 25 Ogos 2011

Bapak-Bapak & Mak-Mak Saudara- Bersiap Sedialah Untuk Duit Raya...




Biasanya anak-anak menakan ketika  ini  sudah mulai mengira berapa banyak duit raya yang akan mereka dapat pada hari raya tahun ini. Yang manakah agaknya target mereka? Yang Hijau Mudakah? Yang Merahkah? atau cukup sekadar yang berwarna Hijau Terang ataupun Biru?

Walau apapun duit raya tetap duit raya....bersiap sedialah pak-pak dan mak-mak menakan semua......



Ahad, 21 Ogos 2011

Gotong Royong Hari Raya 2011


Seperti biasa sebelum raya, ayah dan anak-anak aku akan menjalankan aktiviti membersih dan mengemas rumah. Dari mula-mula kahwin sehinggalah ada 6 orang anak, semua tugas membersih rumah sebelum Hari Raya ditugaskan ke atas bahu ayah dan anak-anaknya.  Maklumlah tak ada orang gaji, kena buat sendirilah....mujurlah anak-anak telah dididik dari kecil lagi supaya bertanggungjawab dalam kerja-kerja rumah. Tambahan pula mereka dah besar sekarang...ringanlah sikit kerja ayahnya....


Tengok tu...rajinnya mereka...ada yang vakum ....ada yang cuci air-cond. Ini baru rumah di Telok Air Tawar, Butterworth...minggu depan di Sungai Petani pula....Di Sungai Petani kena ramai sikit...just nice,  kebetulan  Abang Long akan pulang bercuti dari UITM Jengka, Pahang....27/08/2011 nanti...



Terus bersemangat.......nak rayalah katakan......


Kalau gayanya lagu ini, mungkin bila ayahnya pencen nanti bolehlah cuba-cuba buka bisnes 'cleaning services'....satu keluargapun dah cukup...tengok video atas dan bawah........




MAJLIS BBQ RAYA 30 OGOS 2011

 Seperti biasa, tiap-tiap tahun ada saja event keluarga bagi menyambut 1 syawal. Bila dah dekat nak raya ni, maka kebanyakan ahli-ahli keluarga akan mengaktifkan facebook mereka bagi tujuan interaktif yang lebih murah, mudah dan berkesan. Inilah untungnya berada di zaman alam maya. Hubungan kekeluargaan makin bertambah mesra dan erat. Contohnya petikan memo  seperti di bawah: 
Receiced from Acu Hasniyah on Tuesday, August 16, 2011 at 6:34pm via Facebook:
MAJLIS BBQ RAYA ( RAYA PERTAMA )
MAJLIS MESRA AIDIL FITRI KELUARGA TOK YAH
 Taman Pauh
30 August 2011 Jam 7.45– 11.30mlm
6.00PM –----------------PERSIAPAN BARANGAN UTK BBQ
6.30PM -----------------PERSIAPAN PENTAS
7.45PM ---------------- KETIBAAN AHLI-AHLI KELUARGA
8.15PM ----------------- BACAAN DOA
----------------- UCAPAN PUAN HAJAH MARIYAH MOHD ZAIN
-----------------BBQ BERMULA ( MUSIK RAYA )
9.00PM ---------------- SELINGAN LAGU LAGU RAYA
9.05PM -----------------SESI PEMBERIAN DUIT RAYA ( BEBAS )
9.15PM -----------------KELUARGA CERIA ( setiap keluraga di minta membuat satu persembahan apa saja yg menarik melaui kreativiti masing –masing sekurang-kurang 2 org ahli keluarga mesti terlibat )
9.45PM----------------- KUIZ RAYA
10.00PM -------------- BAKAT RAYA ( TERBUKA UTK SEMUA FAMILY )
2 KATEGORI A) KANAK-KANAK
B) DEWASA
10.45PM ------------------------------- KUIZ RAYA
11.00PM ------------------------------ KEPUTUSAN PEMENANG
• FAMILY CERIA
• PERSEMBAHAN FAMILY TERBAIK
• BAKAT RAYA KETIGA / NAIB JUARA & JUARA KATEGORI KANAK-KANAK
• BAKAT RAYA KETIGA / NAIB JUARA & JUARA
KATEGORI DEWASA
11.30PM --------------CABUTAN BERTUAH PERDANA
T A M A T
PAKAIAN : BAJU RAYA KEHADIRAN : WAJIB

Untuk event di atas, keluarga aku akan menyediakan 10 ekor ayam. Keluarga Pak Tam pula 8 bungkus daging kambing yang telah siap diproses. Manakala anak saudaraku, Shah Affendi akan menyediakan sosej serta segala ramuan untuk BBQ Raya.
Tunggu.........

Bersahur Di Pagi 21 Ramadhan


Bangun sahur...bangun sahur..ucapan popular ayahnya ketika bulan puasa bagi 'mengejut' anak-anakku yang nyenyak tidur. Biasanya di hari-hari minggu / cuti, aku dan suami akan bangun seawal 3.30 pagi dan keluar ke pekan untuk membeli juadah untuk bersahur. Hubby aku, selalunya akan pekena nasi kandar kesukaannya. Manakala aku dan anak-anak cukup sekadar roti canai atau roti telur sahaja.


Ini dia roti telur dan teh tarik bungkus yang baru dibeli di pekan Kepala Batas. Walaupun ringkas, di sebabkan ianya panas dan fresh,  menjadi kegemaran anak-anakku ketika bersahur.


Hai....belum bangun lagi ke?.....kadang-kadang tu lepas dua kali round-up masih lagi lengang..biasalah tu. Bukannya senang nak 'gerak' anak-anak ni. Kalau hubby tu...selalunya no problem.....dalam banyak keadaan, akulah yang digeraknya selalu ...ha..ha..ha...


Seperti biasa anakku yang pertama-tama bangun....cuba teka? ha..Latifi, tengok ! mata masih lagi pejam. Tapi, semangat untuk bersahur tetap tak luntur. Di bulan-bulan puasa ini, pihak asrama sekolah selalunya membenarkan pelajarnya bermalam di rumah pada tiap-tiap minggu berbanding dua bulan sekali seperti hari-hari biasa.
 


Dan seperti biasa jugalah anakku, Najmi dan Radzie amat liat untuk bangun awal...tengok 'kerekot' lagi...ada la!

Ahad, 14 Ogos 2011

Shopping Hari Raya 2011

Haiii...hari ini dah 14 hari umat Islam berpuasa. Maknanya sudah separuh bulan. Bila dua anak aku, Najmi dan Latifi balik daripada asrama, adalah masa terbaik membuat persiapan terakhir membeli baju serta seluar raya mereka.

Tak macam dulu-dulu tu, la ni susah dan ambil masa yang agak  lama untuk memilih dan membeli baju dan seluar mereka...sebab apa? sebab depa dah pandai memilih dan ada cita rasa masing-masing. Ayahnya lah yang menjadi mangsa...4 jam berdiri macam nak tercabut kaki katanya mengeluh......
Shopping..shopping juga, bab bergaya depan kamera adalah mesti dan tak dak hal punya...tambahan pula hubby aku yang pandai mengambil kesempatan...alasannya lanskap yang cantik...betoii  ka?....


Tak habis-habis lagi ke?....tengok video di atas.....dan lagi di bawah.....




Hai...mai manalah pula bilik tok Arab ini?...anakku dah tersesat pi Dubai ka?



La...bukannya seorang, dua-dua sekali...tapi Anis ni, nampak real sikit sebab......tak boleh komen takut nanti dia merajuk. Agaknya...keturunan sebelah tok Lah lah kot....



Hai anakku yang ini, Radzie memang pandai melawa..katanya pada ayah...muka model lelaki dalam gambar tu, macam muka dia....ha..ha..ha...pooorahhh.

Majlis Berbuka Puasa Di Rumah Mak



Hemmm...banyaknya juadah berbuka puasa....daripada bihun goreng, ayam percik, murtabak, satay, mee rebus, laksa, hot dog, ikan keli goreng, sambal tumis udang, sayur keladi, kerabu, ayam goreng, sayur gobis, Yong Tau Foo dan ikan bakar semuanya ada dan amat menyelerakan. Agaknya habis separuh pasar Ramadan diborong untuk juadah berbuka....

Ramai yang mai termasuklah anak, menantu (Pak Chaq / Mak Chaq, Pak Lang / Mak Lang, Pak Ndak / Mak Ndak, Pak Tam, Pak Teh / Mak Teh, Pak Cik / Mak Chik, Pak Su / Mak Su serta cucu-cucu sampaikan ke cicit Tok Yah pun ada (Sofea). Meriahnya bila berbuka ramai-ramai sebegini. Macam kenduri pula....

Kalau hari biasa tu, cuma Tok Yah, Mak Chaq dan bik Asiah saja yang ada...bukan setakat menjamu selera, malah banyak perkara diperbincangkan termasuklah aktiviti sambutan 1 syawal yang bakal menjelang tiba...

Sedar-sedar sampai rumah di Sungai Petani agak lewat juga...pukul 12.00 tengah malam. Minggu depan pula giliran keluarga Tok Timah pula...Hai tak dapat lari....terpaksa tuang Terawih lagi...

Gambar di atas Pak Tam yang bagi melalui MMS....

Isnin, 8 Ogos 2011

Pak Tam Jadi Chef Pulak



Kali ini suamiku yang update blog ini pasal nak cerita pasal Pak Tam yang serba boleh ini. Daripada seorang pengacara bertaraf lima bintang. Tup-tup hari ini Pak Tam tukar profession pulak jadi Chef lima bintang. Kalau tak percaya tengoklah sendiri gambar tebaru Pak Tam yang di MMS sendiri   petang tadi. Siap dengan Apron tajaan Maggi lagi. Katanya menu masakan hari ini adalah resepi terkenal dari Mexico. Iaitulah 'Sup bunjut batang sawi '...



Haaa..kan dah kata. Tengoklah hasil air tangan Pak Tam. Sungguh menyelerakan. Tak sia-sialah Pak Tam belajar memasak masa di rumah bujang dulu. Lepas ni, tak payahlah Pak Tam pergi makan nasi kandaq dan steam boat kat Tanjong lagi......

Ahad, 7 Ogos 2011

Rezeki Berbuka Di Bulan Puasa

Seperti biasa, aku dan keluarga berbuka dengan juadah yang agak simple asalkan ianya menyelerakan. Nasi kerabu ini adalah kegemaran suamiku. Makanan orang Kelantanlah katakan. Tiap-tiap tahun menu ini mesti kena cari walau macamana susah sekalipun.



Ini adalah kuih-kuih kegemaran aku semasa mula berbuka selain buah tamar. Tapi, pastikan karipap mesti ada untuk suamiku....



Ha....yang ini pula adalah kari atau gulai daging kegemaran anakku, Khairuzradzie...memang dia ni fanatik dengan gulai daging ini...katanya boleh tambah 2 pinggan.



Ikan keli masak bercili ini sememangnya kesukaan suami dan anakku. Sorrylah...dari dulu lagi aku tak makan ikan darat ini kerana tak biasa.



 Tengok tu...banyaknya menu...ingatkan tak habis...last sekali semuanya licin dalam sekelip mata sahaja...



Haa...yang ini pula buah pencuci mulut kegemaran aku....tembikai Cina kata orang Terengganu.