Translate

Ahad, 26 Jun 2011

Udang Besar Kuala Kedah Yang Segar


Bila hujung minggu, kalau tidak ke mana-mana, suamiku sering ke Kuala Kedah untuk mencari Udang Besar yang segar.


Ini bukan udang ternak tapi, udang kertas yang ditangkap di laut dalam sekitar Kuala Kedah.







Wow..udang besar...udang besar. Suamiku, kalau udang besar memang kegemarannya. Walaupun beberapa kali masuk hospital kerana terlebih makan udang, tapi minatnya pada udang besar malas nak layan - esok berhenti makan, lusa beli dan makan lagi......



Tengok tu......boleh tahan juga besarnya. Tapi, ini baru gred B. Ada besar lagi daripada udang ini kalau ada rezeki.......


Ha tu dia.....besar dan segar....nak masak apa hari ini?

Tiada ulasan: