Translate

Isnin, 20 Jun 2011

Anakku Khiruzshida Balik Bercuti Dari PLKN



Anakku balik cuti dari PLKN.  Dia suruh balik ke rumah  Sungai Petani. Hai...musim-musim panas begini bolehlah mandi dalam tab lama-lama sikit. Sejukkan badan dan rehatkan minda.



Ahhh..nyamannya menghirup udara wangian Lavender. Ayahnya seronok betul kalau balik ke Sungai Petani. Tak perlu pergi ke Kedai Spa. Spa di rumah sudah cukup santai dan merehatkan minda....


Kolam mandi mini anakku akan berseri kalau 2 anak lelaki aku yang tinggal di asrama balik bercuti sama-sama...


Cuaca panas. Kalau berendam dalam kolamkan bagus....




Lepas mandi, anakku Nur Anis suka sangat makan nasi kandar.


Lebih enak kalau lauknya macam ini...emmm sedapnya.


Pejam celik, pejam celik sedar-sedar sudah 3 hari anakku balik bercuti. Sudah sampai masanya Shida dah nak balik ke PLKNnya. Muka dia pun mula berkerut kerana sedih meninggalkan keluarga. Pakai beg troli lagi.....


Dah sampaipun di PLKN.

Tiada ulasan: