Translate

Sabtu, 18 Jun 2011

Jalan Jalan Cari Makan Mee Bandung


Inilah tempatnya aku dan suami selalu makan mee bandung. Ianya berdekatan dengan Jambatan Permatang Bendahari Pulau Pinang.


Wow...sedapnya. Kalau dah cuba, mesti nak makan lagi. Walaupun ianya simple, tapi sedap dan amat berpatutan harganya. Makan pula bersebelahan dengan sungai yang selalunya ditemani oleh angin sepoi-sepoi bahasa. Amat nyaman dan menyelerakan.



Bukan setakat mee bandungnya yang special, cucur udangnyapun kadang-kadang meruntun jiwa. Kalau nak makan cucur udang ni, kena datang awal-awal sikit kerana cepat laku dek kerana permintaannya yang baik daripada pelanggan. Makan cucur udang dulu baru makan mee bandung. Pandai betoi peniaga di sini. Serampang dua matalah katakan. Apa-apapun, mee dan cucur udang di sini...TERBAIK PUNYA.....



Keindahan petang di Permatang Bendahari....................

Tiada ulasan: