Translate

Selasa, 28 Jun 2011

Pak Tam Yang Terus Cemerlang

Pak Tam Mempunyai Bakat Yang Cemerlang Di  Dalam Dunia Pengacaraan Dan Penyiaran.
Beraksi dengan cemerlang semasa lawatan KDYMM SPBYDP Agong  ke Pulau Pinang baru-baru ini.

Ahad, 26 Jun 2011

Udang Besar Kuala Kedah Yang Segar


Bila hujung minggu, kalau tidak ke mana-mana, suamiku sering ke Kuala Kedah untuk mencari Udang Besar yang segar.


Ini bukan udang ternak tapi, udang kertas yang ditangkap di laut dalam sekitar Kuala Kedah.







Wow..udang besar...udang besar. Suamiku, kalau udang besar memang kegemarannya. Walaupun beberapa kali masuk hospital kerana terlebih makan udang, tapi minatnya pada udang besar malas nak layan - esok berhenti makan, lusa beli dan makan lagi......



Tengok tu......boleh tahan juga besarnya. Tapi, ini baru gred B. Ada besar lagi daripada udang ini kalau ada rezeki.......


Ha tu dia.....besar dan segar....nak masak apa hari ini?

Isnin, 20 Jun 2011

Anakku Khiruzshida Balik Bercuti Dari PLKN



Anakku balik cuti dari PLKN.  Dia suruh balik ke rumah  Sungai Petani. Hai...musim-musim panas begini bolehlah mandi dalam tab lama-lama sikit. Sejukkan badan dan rehatkan minda.



Ahhh..nyamannya menghirup udara wangian Lavender. Ayahnya seronok betul kalau balik ke Sungai Petani. Tak perlu pergi ke Kedai Spa. Spa di rumah sudah cukup santai dan merehatkan minda....


Kolam mandi mini anakku akan berseri kalau 2 anak lelaki aku yang tinggal di asrama balik bercuti sama-sama...


Cuaca panas. Kalau berendam dalam kolamkan bagus....




Lepas mandi, anakku Nur Anis suka sangat makan nasi kandar.


Lebih enak kalau lauknya macam ini...emmm sedapnya.


Pejam celik, pejam celik sedar-sedar sudah 3 hari anakku balik bercuti. Sudah sampai masanya Shida dah nak balik ke PLKNnya. Muka dia pun mula berkerut kerana sedih meninggalkan keluarga. Pakai beg troli lagi.....


Dah sampaipun di PLKN.

Ahad, 19 Jun 2011

Anak Saudara Suamiku Bertunang



Tepat jam 1.15pm rombongan berkumpul dan bertolak dari tol Juru



Emaknya happy......


Ayahnya pun happy...sebab nak sambut anak saudara baru....orang Taiping lagi...



Ha..ini dia anak saudara kami yang handsome tu....ikut jangan tak ikut.

Hai...nampak macam abang Brahim dok bagi nasihat dekat anaknya....perturun ilmulah katakan.




Bergaya...Pak Tam dengan keluarganya.....




Mak Ndak dengan keluarganya.....




Pak Su...dengan keluarganya...




Dah sampai di rumah pengantin perempuan di Bukit Jana, Taiping terus letak barang hantaran.




Berbaris mengambil makanan yang telah tersedia ada sejak pukul 12.00 tengah hari katanya....maaflah ye kerana datang lambat. Manusia hanya merancang tapi, Tuhan yang menentukan segalanya....


Bukan senang nak makan dengan Pak Su....dia selalu sibuk.


Lawa Anis buat pipi kembong macam tu.....




Sebahagian daripada hantaran dan balasan pengantin perempuan dan lelaki

Ayah pengantin perempuan yang ditengah tu...serta jiran-jiran yang berdekatan

Apa yang Farah dok interview tu...



Majlis sarung cincin pertunangan.....


Baru lepas makan...Anis nampak ceria sikit..


Senyum...meleret. Ada makna ni....


Mak Lang dengan menantunya......



                                       
Ini belum lagi boleh bersanding...sekali post tak apa.





Dalam perjalanan balik ke rumah, berhenti sebentar nak makan nasi kandar Simpang Empat...wow bestnya. Lain kali boleh pekena lagi.

Sabtu, 18 Jun 2011

Jalan Jalan Cari Makan Mee Bandung


Inilah tempatnya aku dan suami selalu makan mee bandung. Ianya berdekatan dengan Jambatan Permatang Bendahari Pulau Pinang.


Wow...sedapnya. Kalau dah cuba, mesti nak makan lagi. Walaupun ianya simple, tapi sedap dan amat berpatutan harganya. Makan pula bersebelahan dengan sungai yang selalunya ditemani oleh angin sepoi-sepoi bahasa. Amat nyaman dan menyelerakan.



Bukan setakat mee bandungnya yang special, cucur udangnyapun kadang-kadang meruntun jiwa. Kalau nak makan cucur udang ni, kena datang awal-awal sikit kerana cepat laku dek kerana permintaannya yang baik daripada pelanggan. Makan cucur udang dulu baru makan mee bandung. Pandai betoi peniaga di sini. Serampang dua matalah katakan. Apa-apapun, mee dan cucur udang di sini...TERBAIK PUNYA.....



Keindahan petang di Permatang Bendahari....................

Rabu, 15 Jun 2011

Anakku Anis Dapat Hadiah Teddy Bear Dari Ayahnya


Seronoknya Anis dapat hadiah dari Ayah...sebabnya Anis dapat no 8. Itu semuanya kerana janji Ayah kepada Anis kalau dapat no 10 ke bawah Ayah akan belikan teddy bear besar untuk Anis. Radzie pun akan dapat hadiah helikopter control kalau dia dapat no bawah 10.


                                                              Syoknya Anis.......

Anakku Khairuzshida masuk PLKN....

                                               Amboi semangatnya Shida...


                                           Baru sebulan masuk PLKN...nampak kurus dah sikit.
=

                                             Amboi...emaknya berposting kalahkan anak ke...

Pak Cik DD beli kereta baru


Amboi bergayanya Pak Cik DD dengan kereta BMW 5S barunya...Alhamdulillah murah rezeki.