Translate
Ahad, 20 November 2011
'Outing' Bersama Dengan Latifi Bagi Mengurangkan Tekanan Peperiksaan SPMnya
Masuk hari Khamis yang lepas, kira-kira sudah seminggu anak ketigaku, Latifi terpaksa menghadapi peperiksaan SPMnya. Seperti biasa, sebagai ubat bagi menghilangkan 'stress'nya, aku serta isteri bersetuju membawanya keluar sementara daripada asrama. Kebetulan pula abang long akan balik semula ke kampusnya pada 22/11/2011 jadi, inilah masa yang terbaik untuk aku bawa mereka semua bersiar-siar dan makan di luar bersama-sama. Tempat yang paling selesa untuk kami makan dan bersantai kali ini ialah di Jusco Bandar Perda....
Tengok tu, Latifi amat berselera dengan menu makanan kegemarannya....mee sizzling cendawan & ayam.
Abang Longpun tidak melepaskan peluangnya menikmati menu nasi claypot ayam masak kicap....Hai emaknya tengok saja ke....?
Makan...jangan tak makan...janji ayah belanja hari ini. Tapi, tak apa...pasal anak, ayah sanggup minum air kosong sahaja....
Hai... Najmi jeling apa tu..? mesti ada target lain ni....tengok tu, cepat betul dia makan...
Tu dia...semua pinggan licin...seronok betul Anis kali ini....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan