Translate
Sabtu, 19 November 2011
Jalan Jalan & Makan-Makan Di Juru
Oleh Roslan Saidin:
Dalam perjalanan balik ke Butterworth dari Seri Iskandar Perak tempohari, kami tiga beranak terpaksa berhenti rehat sebentar di restoran nelayan di Juru kerana kami tersangatlah letih dan lapar ketika itu. Mula-mula tu kami berhenti di R&R Sungai Perak semata-mata untuk mencari menu Ikan Patin Masak Tempoyak kegemaranku tetapi, malangnya niat kami untuk makan tengahari di situ tidak jadi kerana R&R tersebut ditutup buat sementara waktu bagi tujuan pembersihan. Jadi, tempat yang paling sesuai untuk kami bertiga berehat dan menjamu selera adalah di restoran nelayan di Juru. Jaraknya lebih kurang 6 km dari Tol Juru.
Kelihatan beberapa orang nelayan sedang mengecat perahu mereka...restoran tempat kami makan sebenarnya hanya beberapa meter sahaja dari tempat pelabuhan kecil nelayan. Ikan dan segala macam tangkapan laut nelayan kebanyakannya diturunkan di sini.
Pemandangan muara sungai Juru dan hutan pokok bakau yang menghijau menyegarkan pandangan mata. Pasir sungai yang memutih dan berkilau itu sebenarnya bukanlah pasir yang selalu kita lihat tetapi, ianya terbina daripada timbunan kilit-kulit kerang dan siput hancur yang di bawa oleh arus laut dan dimendapkan di muara-muara sungai.
Manalah ketam masak merah aku ini ? Menunggu pesanan makanan yang belum siap dimasak....lapar...lapar...
Hai...malu pulak anak perempuan ku ini.....tomyam campur adalah masakan kesukaannya....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan