Translate

Rabu, 30 November 2011

Itik Masak Merah 'Special' Alor Setar


Sebenarnya sudah lama dah aku dengar akan keenakan menu itik masak merah special Alor Setar ini. Isteri dan anak-anakkupun teringin sangat nak menikmati kelazatan masakan menu itik ini.

Alhamdulillah, akhirnya sampai juga aku di warung ini. Walaupun warung ini ringkas dan terletak betul-betul di tepi jalan raya yang sibuk, namun di sebabkan keenakannya, semua itu tidak menjadi masalah bagiku asalkan ianya sedap dan menyelerakan. Memang betul sedap...tak macam masakan itik yang aku makan sebelum ini. Daging itiknyapun lembut dan harganya pun amat berpatutan. Lepas makan, tau paw lagi....

Agaknya kamilah pelanggan mereka yang pertama kerana dah order makan seawal 11.30 pagi...


Ambik...jangan tak ambik. Tengok Radzie yang mula-mula ambil dulu...



Ini dia menu itik masak merah special Alor Setar .....hmmmm sedap hingga menjilat tulang!....



Mana ayah dia punya?....lambat sangat nih...lapar...lapar..


Haa...banner kali ini lagi clear....

Isnin, 28 November 2011

Seharian di Pulau Pinang


 Oleh Roslan Saidin:

Hari ini cuti umum jadi, bolehlah bawa anak-anak jalan-jalan dan makan-makan di sekitar Batu Feringgi, Tanjong Tokong dan Padang Kota.

Kebetulan agak lama juga aku dan family tak ke seberang. Jadi, bila ada masa-masa yang terluang ini, bolehlah bawa anak-anak berehat dan bersantai di tempat-tempat menarik sambil window shopping di kompleks membeli-belah di sekitar Pulau Pinang.



Bergambar di sekitar Masjid Terapung di Tanjong Tokong...amboi bergaya sungguh emaknya.....



Pemandangan jauh pembangunan di sekitar Persiaran Gurney dari  masjid Tanjong Tokong.



Menara Masjid Tanjong Tokong yang cantik dan indah berlatar-belakangkan langit biru yang menawan. Terasa amat nyaman sekali berada di sini kerana sentiasa di tiup angin deras yang datang dari arah laut yang terbentang luas. 



Anakku..Radzie sempat bergaya di salah satu anjong berbentuk gazebo yang dibina bercirikan kesenian Islam.



Salah satu anjong yang terletak di penjuru kiri dan bertentangan dengan laut. Waktu gambar ini diambil adalah ketika waktu laut surut. Masjid ini akan nampak benar-benar terapung ketika waktu air pasang. Tiang-tiang masjid yang besar lagi kukuh dibina semata-mata menyokong ketika arus deras dan ombak yang mengganas. 



Kelihatan perahu nelayan penduduk-penduduk tempatan berlabuh di tepi-tepi pantai.



Senibina bercirikan kesenian Islam yang menarik. 



Bergambar di Quayside (tempat perahu layar mewah berlabuh), landmark yang baru dibina untuk orang ramai berehat dan bersantai.

Satu...dua...tiga...layan.

 

Sekitar pemandangan di Quayside, Penang.



Canti dan menarik....



Tidak banyak bot dan perahu yang berlabuh ketika itu.....


Di sekitar Lobby Quayside....




Aiiikk..ingatkan di kawasan mewah seperti di Quayside ini tidak ada pasar hari....rupanya ada pula.

Majlis Tahlil Di Rumah Tok Yah


Oleh Roslan Saidin:

Alhamdulillah..Mak Lang dan Pak Lang yang sepatutnya kembali dari Mekah pada malam 23hb November, akhirnya selamat tiba di Penang pada pagi 26/11/2011. Kebetulan pada hari berkenaan Tok Yah dan keluarga telah mengadakan majlis tahlil dan bacaan doa selamat. Ramailah yang datang pada hari itu termasuklah keluarga, sahabat handai dan jiran-jiran terdekat.

Pak Lang tengah melayan tetamu yang datang sambil menjamu selera.
 

Selepas selesai sahaja majlis tahlil dan bacaan doa selamat, sedikit jamuan makan tengahari telah disediakan untuk tetamu dan kari'ah Masjid Jalan Baru Perai .



 Silakan...silakan..... jemputlah makan, masih ada lagi meja kosong.....



Anakku,  Anispun tidak ketinggalan menolong apa yang patut bagi melayan tetamu termasuklah ayahnya....

Ahad, 20 November 2011

'Outing' Bersama Dengan Latifi Bagi Mengurangkan Tekanan Peperiksaan SPMnya


Masuk hari Khamis yang lepas, kira-kira sudah seminggu anak ketigaku, Latifi terpaksa menghadapi peperiksaan SPMnya. Seperti biasa, sebagai ubat bagi menghilangkan 'stress'nya, aku serta isteri bersetuju membawanya keluar sementara daripada asrama. Kebetulan pula abang long  akan balik semula ke kampusnya pada 22/11/2011 jadi, inilah masa yang terbaik untuk aku bawa mereka semua bersiar-siar dan makan di luar bersama-sama. Tempat yang paling selesa untuk kami makan dan bersantai kali ini ialah di Jusco Bandar Perda....


Tengok tu, Latifi amat berselera dengan menu makanan kegemarannya....mee sizzling cendawan & ayam.



Abang Longpun tidak melepaskan peluangnya menikmati menu nasi claypot ayam masak kicap....Hai emaknya tengok saja ke....?


Makan...jangan tak makan...janji ayah belanja hari ini. Tapi, tak apa...pasal anak, ayah sanggup minum air kosong sahaja....

Hai... Najmi jeling apa tu..?  mesti ada target lain ni....tengok tu, cepat betul dia makan...


Tu dia...semua pinggan licin...seronok betul Anis kali ini....

Sabtu, 19 November 2011

Menghadiri Kenduri Kahwin Anak Abang Noor Dan Kak Mie


Oleh Roslan Saidin:

Hari ini aku serta dua anak kecilku menghadiri kenduri perkahwinan anak kawan baik ayah dan emak aku, iaitulah abang Mohd Noor dan Kak Mie yang juga merupakan bekas jiran lama keluarga kami semasa menetap di Seberang Jaya dulu. Besar dan meriah juga kenduri kahwinnya. Anak sulonglah katakan.


Anakku seronok menjamu selera.....

Emaknyapun begitu juga....Tengoktu...pinggan makan lain...pinggan lauk tambahpun lain. Ayahnya seperti biasa, makan sikit sahaja.


Makan...Radzie, jangan tak makan...berselera sungguh anakku ini.


Tengok tu makdia....boleh buat jambatan panjang lagi.




Tak mahu tambah lagi  ke Anis?....


Bunga telur yang menarik...terima kasih tuan rumah....


Abang Mohd Noor sekarang ini kurang sihat sikit. Tetapi, disebabkan untuk meraikan perkahwinan anak, maka beliau nampak bersemangat dan  ceria ketika menyambut tetamu walaupun hanya berkerusi roda. Abang Mohd Noor yang aku kenali adalah sangat baik dengan keluargaku...semoga abang Noor cepat sembuh dan sihat seperti sediakala.  

Jalan Jalan & Makan-Makan Di Juru


Oleh Roslan Saidin:

Dalam perjalanan balik ke Butterworth dari Seri Iskandar Perak tempohari, kami tiga beranak terpaksa berhenti rehat sebentar di restoran nelayan di Juru kerana kami tersangatlah letih dan lapar ketika itu. Mula-mula tu kami berhenti di R&R Sungai Perak semata-mata untuk mencari menu Ikan Patin Masak Tempoyak kegemaranku tetapi, malangnya niat kami untuk makan tengahari di situ tidak jadi kerana R&R tersebut ditutup buat sementara waktu bagi tujuan pembersihan. Jadi, tempat yang paling sesuai untuk kami bertiga berehat dan menjamu selera adalah di restoran nelayan di Juru. Jaraknya lebih kurang 6 km dari Tol Juru.



Kelihatan beberapa orang nelayan sedang mengecat perahu mereka...restoran tempat kami makan sebenarnya hanya beberapa meter sahaja dari tempat pelabuhan kecil nelayan.  Ikan dan segala macam tangkapan laut nelayan kebanyakannya diturunkan di sini.


Pemandangan muara sungai Juru dan hutan pokok bakau yang menghijau menyegarkan pandangan mata. Pasir sungai yang memutih dan berkilau itu sebenarnya bukanlah pasir yang selalu kita lihat tetapi, ianya terbina daripada timbunan kilit-kulit kerang dan siput hancur yang di bawa oleh arus laut dan dimendapkan di muara-muara sungai.

 

Manalah ketam masak merah aku ini ? Menunggu pesanan makanan yang belum siap dimasak....lapar...lapar...


Hai...malu pulak anak perempuan ku ini.....tomyam campur adalah masakan kesukaannya....

Rabu, 16 November 2011

Hari Pendaftaran Khairuzshida Di UiTM Seri Iskandar



Oleh Roslan Saidin:

Hari yang dinanti akhirnya tiba juga. Hari ini anak keduaku, Khairuzshida secara resminyalah bergelar mahasiswi universiti. Kami sekeluarga bertolak seawal pukul 6.0 pagi dari Butterworth dan selamat sampai di UiTM Seri Iskandar kira-kira pukul 9.00 pagi. Sebelum itu singgah sebentar di R&R Bukit Merah untuk bersarapan pagi.


Sebaik sampai di perkarangan pintu masuk utama, kereta ibu-bapa pelajar-pelajar sudahpun banyak kelihatan. Suasana agak kelam-kabut sedikit kerana kekurangan tempat letak kereta selain ibu-bapa dan pelajar-pelajar terpaksa berjalan agak jauh dari tempat parkir kereta ke tempat pendaftaran yang terletak agak berselerak di antara satu sama lain. 



 Suasana semasa hari pendaftaran.


Sesi mengisi borang pelajar sebelum dibenarkan membuat pendaftaran dan pemberian kunci masuk ke asrama.



Inilah asrama Cempaka 2 tempat penginapan anakku...cantik juga landskapnya...


Lagi gambar asrama..



Sekitar masa pendaftaran pelajar...


Sekitar kawasan asrama... 


Alhamdulillah...semuanya berjalan dengan lancar.