Oleh Roslan Saidin:
Cuti hujung minggu ini, nampaknya penuh dengan undangan kenduri kahwin dan majlis hari jadi cucu menakan. Paling jauh, di Alor Setar dan yang paling dekat pula di Kepala Batas dan di Seberang Jaya.
Yang bestnya aku dapat undangan dari kawan lama sekampong dengan aku dulu. Kawan semasa kecil-kecil dululah katakan. Kawan bermain guli, gasing, teghebey (lastik), Pak Plong dan lain-lain permainan kampong.
Sekarang ni, dah sambut menantupun dia ni. Namanya Malik Kak Pora....Orang Kampong buloh, Bagan Jermal mesti kenal dengan budak ni yang terkenal dengan serba bolehnya dan dia ni agak tahan lasak dari kecil sampailah besar.
Masa cepat berlalu...di kesempatan menghadiri majlis kahwin anaknya, dapat juga berjumpa dan berbual dengan kawan-kawan lama di kampong dulu...Che Tan, Sidek, Zaini, Rahim, Tet, Suhaimi dan ramai lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan