Translate

Ahad, 3 Jun 2012

Sepetang Bersama Chef Atam Di Sungai Petani


Oleh Roslan Saidin:

Pada 29/05/2012 yang lalu, kami sekeluarga berkesempatan beramah mesra dan menerima  kehadiran Pak Tam yang sebelum ini menyahut pelawaan aku untuk menjadi Chef Jemputan di Sungai Petani. Walaupun Pak Tam agak sibuk dengan 'event'nya, akan tetapi dalam soal saji-menyaji resepi masakannya, Pak Tam tidak keberatan sebaliknya sudi meluangkan masanya bersama kami sekeluarga. 

Kami sekeluarga amat teruja sekali untuk mencuba keenakan masakan PakTam yang sememangnya handal dalam soal masak-memasak ini.

Bahan-bahan untuk menu masakannya kali ini adalah:

1. Ketam segar.






2. Ikan siakap segar.






3. Daging kambing.






Tengok, Pak Tam sedang asyik memasak.....





Haaa...ini dia 'Gulai Ketam Tumis Darat'....






Manakala ini pula 'Ikan Siakap Masak 3 Rasa'......






Yang ini pula kambing panggang lada hitam.....perrrrrgggghhhh memang terangkat & sedap.



Rajinnya Anis dan Najmi....bersiap sedia bagi menyajikan masakan Pak Tam....
 




Hemmmm...ini dia hasilnya.... amat-amat  menyelerakan...

Ayoh Tipi, sila banyakan doa...ayah dah tak sabar ni...


1 ulasan:

Rofizah Binti Abdullah & Roslan Bin Saidin berkata...

Saudara Nafisz Daniel,

Terima kasih kerana sudi mengikuti laman blog saya. Untuk pengetahuan saudara, saya telah sampaikan pesanan dan undangan saudara tersebut kepada beliau.

Sekian.