Translate

Sabtu, 24 Disember 2011

Jalan-Jalan Cari Makan Di Taiping



Oleh Roslan Saidin:

Hari ini aku bercuti semata-mata untuk mengambil anak-anakku pulang bercuti kerana cuti umum  sempena sambutan Hari Raya Krismas. Dalam perjalanan ke Seri Iskandar, Perak, aku serta keluarga berhenti sekejap untuk menjamu sarapan pagi di Nasi Lemak Warong Muhibbah yang amat terkenal di Taiping, Perak. Lokasi perniagaannya terletak di Tupai, Taiping iaitu berdekatan dengan Taman Tasik Taiping.



 Ini dia menu specialnya Nasi Lemak kuah Sotong....pergggggh memang terangkat rasanya



Tengok tu, anak-anakku sibuk memesan nasi lemak mereka...


 Heeeemmmm...sedapnya. Boleh ke ayah belanja lagi?



Tuan punya kedai tengah sibuk meminta pesanan pelanggan-pelanggannya...ada Melayu, Cina dan Indiapun ada....patutlah kedainya bernama Warong Muhibbah.




Tengoktu...anakku makan sampai habis lincin..................

Ahad, 11 Disember 2011

Jalan Jalan Cari Udang & Ketam


Oleh Roslan Saidin:

Seperti biasa, di hujung-hujung minggu, kalau tidak ada jemputan kenduri dan kalau tidak ke mana-mana, aku serta isteri selalunya akan pergi ke Kuala Kedah untuk mencari sedikit lauk untuk dimasak dan makan bersama keluarga. Kebetulan pula ibu mertuaku datang menziarahi cucu-cucunya jadi, inilah masanya yang sesuai untuk isteriku memasak dan menyediakan menu yang terbaik buat ibunya.   Kebetulan pula rezeki untuk memakan udang dan ketam besar Kuala Kedah ada, jadi, bolehlah aku serta keluarga menikmatinya....





 Udang besar...haiiii..memang meruntun jiwa...



Walaupun suka makan udang,....ubat kolestoral kena makan juga......



 Lagi gambar udang dan ketam......



Udang...segar dan bugar.....



 Apakah menu masakan ketam yang terbaik ?.....haaaa....sudah tentunya Ketam Goreng Masak Bercili.....Peeerrrrgggh...meleleh air liur....



Baik-baik Radzie yang kanan tu, ayah yang punya..... kiri pula, .....juga ayah yang punya.

Ahad, 4 Disember 2011

Anakku Khairuzradzie Memasuki Alam Remaja


Oleh Roslan Saidin:

Ha....ini dia. Patutlah Radzie 'demand' itu dan ini, rupa-rupanya beliau setuju dan bernekad nak berkhatan. Seperti abang-abangnya terdahulu, Radzie juga tidak ada masalah untuk berkhatan. Tengok tu....kan dah selesai semuanya....



 Adoiii...bohonglah kalau langsung rasa tak sakit. Tapi, berbanding abang-abangnya yang terdahulu, Radzie agak cool sikit. Any comment Abang Long ?....Please give him a call and say something.....


Tengok tu...sempat senyum dan berlawak dengan Anis lagi.....


Jalan-Jalan Dan Makan-Makan


Pada hari Selasa yang lepas aku terpaksa membawa anakku, Radzie  keluar makan malam di Restoran bersebelahan dengan jambatan Sungai Semeling, Kedah. Bukannya apa, lama tidak membawa mereka makan di situ sambil menikmati keindahan sungai Semeling dan hutan paya bakaunya yang indah.

Kubah bulat di sebelah kiri itu adalah replika rumah untuk memproses kayu paya bakau menjadi arang kayu. Manakala restorannya pula terletak di sebelah kanan. 



Menghampiri restoran yang di maksudkan....



Bot-bot kecil dan mewah berlabuh di jeti kecil yang di bina untuk tujuan persendirian dan komersial ( bot sewa).



Aktiviti memancingpun, dibenarkan di sini.



 Bot marin pun juga berlabuh di sini.


Asyiknya mereka memancing.....



 Ini dia masakan kegemaran keluargaku sudah sampai....hmmmm ikan siakap masak tiga rasa...memang meruntun jiwa.



 Anis....malu-malu pulak...habis 2 pinggan licin



Hai .... Najmi senyum meleret nampak.....nak tambah lagilah tu...tengok macam mak dia tu...slow & steady...

Nak tau...sebab apa kena belanja Radzie...?   tunggu episod berikutnya....