Translate

Sabtu, 30 Julai 2011

Anakku Khairuzshida tamat PLKN....

Bas PLKN yang ditunggu-tunggu akhirnya sampai seperti yang dijadualkan. Sekejab sahaja anakku pergi ke PLKN. Sedar tak sedar, sudah 2 1/2 bulan dah.



Ramai yang dah turun daripada BAS PLKN termasuklah anak aku, Khairuzshida.



Banyaknya barang..mai sini mak nak tolong angkatkan....



Radziepun tidak melepaskan peluang untuk tolong kakaknya. Tengok tu...kuat juga dia ni...Anis pula tengok saja ke.....?



Sebelum balik..kena sign discharge dahulu...Apa-apapun ucapan terima kasihlah kepada kerajaan Malaysia terutamanya warga kerja PLKN Bukit Besar, Kulim kerana khidmat mereka untuk rakyat. 



 Haii...ingatkan dah habis ambil barang...ada lagi ke?......


Jom...ayah dah tunggu lama. Lepas ni kena pi rumah Tok Yah pula. Tok Yah dah masak special untuk anak dan cucu-cucunya.



Kawat...kawat jangan tak kawat..kiri, kanan, kiri, kanan...haiiik Radzie pula nak bersilat ke nak berkawat?

Khamis, 28 Julai 2011

Masa Yang Sesuai Melepak Dengan Hubby

Lepas hantar anak tuisyen adalah masa sejam dua melepak dengan hubby..itupun kalau dia ambil cuti. Barulah ada privasi sikit.


Lama tak makan di restoran makanan segera ini......


Sekali sekala teringin juga nak makan ala-ala western gitu....apa depa kata panggang ayam pakai arang batu?


Masa tu semuanya indah-indah belaka. Tak tersenyum dibuatnya. Orang nak belanjalah katakan.


Kitchen depa yang bersih...bertambah yakin aku nak makan di sini.


1/2 bird pun dah kira banyak. Terpaksa kongsi dengan hubby. Wooi...enak rasanya. Tambahan pula dengan sos lada hitamnya yang perghhhhhh....


Seperti biasa...hubby aku habis dulu. Tengok...licin tinggal tulang dan kulit sahaja....


Hemmm...sedap sungguh kopi blanded ini. Hubby aku minum ais kosong saja. 


Bilalah nak berdating dengan hubby lagi....teringat masa mula-mula kahwin dulu. Semuanya indah belaka...

Isnin, 18 Julai 2011

Tok Yah Sakit Masuk KPJ Bandar Perda


Tok Yah masuk KPJ kerana sakit perut dan muntah-muntah. Gambar ini diambil masa hari mula-mula masuk.





Tok Yah nampak letih dan tidak bermaya....




Ha.....baru selera nak makan...



Anak, cucu dan menantu sama-sama memberi sokongan dan semangat kepada Tok Yah supaya cepat sembuh...




Tok Yah dengan 2 anak lelakinya...bergaya sungguh PakTam....




Sabtu, 16 Julai 2011

Bercuti Di Padang Besar, Perlis



Ketika dalam perjalanan ke Padang Besar, Perlis. Hujan pula turun renyai-renyai.


Sabar...sabar...Tipi bersemangat sungguh nak beli baju jersinya....


Habis-habis Radzie yang dapat habuan dahulu...yang lainnya kuat memilih...Anis pula ....tak sesuai?



Haiiii...maknya pun tak nak kalah juga ke?...sama naik dengan anaknya....



Pilih...jangan tak pilih...tapi, sorang 3 saje.....




Tengok tu, kan dah kata...Radzie jugak yang pandai pilih....

Abang Long pun tidak mahu melepaskan peluang...........maklumlah dapat subsidi daripada ayah...


Stopppp.....dah banyak beli tu...yang kat rumah dah banyak dah...



Orang semakin ramai. Parking kereta pula semakin sesak...Untung mai awal....tak adalah masalah parking.


Ok...masa dah cukup. Dah lapar ni. Masa untuk berhenti makan.



Apa yang berkerut dahi tu abang long?...6 helai tak cukup lagi ke?....

Pemandangan Bandar Kangar ketika dalam perjalanan balik.....


Singgah di Sanglang, ada pasar tani. Dapat beli ketam segar...Masak resepi apa hari ini?


Wooow...besarnya ketam ini. Yang ini ayah dan emak punya tau.....


Besar dan segar....tapi harganya boleh tahan juga....



Kebetulan hari ini ada perlawanan persahabatan bolasepak di antara Malaysia dengan Liverpool. Tengok tu, Radzie bergaya dengan jersi Malaysia. Dan di bawah pula, adik dengan jersi Liverpoolnya....


Rabu, 13 Julai 2011

Nasi Arab Kepala Batas Yang "Special"



Nama kedai asalnya (seperti gambar di atas) tidaklah se popular nama Nasi Arab jualannya....Beroperasi di tengah-tengah pekan Kepala Batas. Waktu jualannya sekitar lewat petang hinggalah ke tengah malam. Selalunya aku dan keluarga pergi awal sikit. Kalau tidak, nasi popularnya, Nasi Arab akan habis awal dan diganti dengan nasi putih sahaja. Jadi, nasihat saya, kena datang awal sikitlah.....


Yang peliknya, operasi jualan makanannya dibuat diluar kedai. Betul-betul di depan kedai di atas tadi. Tengok tu, orang ramai bersesak-sesak beratur untuk mendapat giliran.


Walaupun berkonsepkan layan diri, tapi untuk pesanan dan hidangan minuman mesti yang terbaik punya.......


Buktinya....air minuman akan sampai dulu berbanding dengan makanan yang  terpaksa ditunggu kadang-kadang sehingga 1/2 jam......Tapi pasal sedap, semuanya tidak menjadi masalah.


Anak ku yang bongsu ini, begitu fanatik dengan Nasi Arab ini. Belumpun start makan, dah nak pesan tambah nasi setengah..


Inilah nasinya...Nasi Arab Kepala Batas. Sungguh sedap dan menyelerakan....

Khamis, 7 Julai 2011

Udang Dan Ketam Besar Kuala Sepetang


                          Menghampiri Pekan kecil Kuala Sepetang yang tenang lagi tenteram. Dahulunya dikenali sebagai Port Weld. Rata-rata penduduk di sini adalah peniaga-peniaga kecil dan para-para nelayan.


Sampai saja di Kuala Sepetang, terus singgah di pelabuhan nelayan. Banyak udang segar dijual di sini . Yang bagusnya tidak ada peraih selain kita boleh beli terus di kedai pungutan hasil tangkapan ikan, udang dan ketam.

Udang Kertas Yang Segar...1kg cuma RM??? Tak boleh bagi tahu..nak tahu datang sendiri..
Suamiku sempat beli 2 Kilogram sahaja.


Hemmm...boleh tahan juga besarnya


Inilah bot nelayan Cina yang berlabuh pagi tadi..... 


Sempat merakamkan gambar bot nelayan yang baharu nak berlayar ke lautan dalam.


Gambar bot yang baru keluar daripada pelabuhan untuk menangkap ikan dan udang.

Nelayan-nelayan Cina yang kebanyakannya  rehat sebentar apabila selesai kerja-kerja memunggah ikan dan udang.



Woow..besarnya ketam...nanti bolehlah berikan seekor dua ketam kepada ibu mertuaku..

Lagi gambar ketam Kuala Sepetang....pasti terleleh air liur suamiku...
Nak masak resepi apa hari ini?


Sempat juga berposting dengan anak-anakku...