Dua tiga hari cuti ni, memang susah nak cari ikan segar. Asyik-asyik menu ayam dan daging. Lutut kaki pun dah rasa lembut, kerana selalu sangat makan ayam. Dah jemu dah... Tambahan pula la ni cuti Raya Cina, lagilah susah. Nasib baik ada sahabat yang rekomen suruh pi cari dekat Bagan Tambang kot-kot ada. Katanya kat situ, kalau ada rezeki, bolehlah dapat ikan segar.
Alhamdulillah...hajat nak makan ikan sembilang (laut) masak asam pedas tertunai sudah. Bolehlah dibuat lauk untuk makan tengahari ini. Menu ni, Anislah yang paling suka.....
Jeti nelayan Bagan Tambang. Masih lagi dalam proses pembaikan.
Perahu-perahu kecil nelayan berlabuh. Panas...panas...
Perahu-perahu yang lain tidak ada ikan sembilang, mungkin perahu yang baru nak berlabuh ini kot....Betoilah tu, berebut-rebut nak beli...RMxx ++/ kg pun tak apa. Janji dapat ikan sembilang laut segar....
Ikan sembilang laut yang besar ni, cukup-cukup beratnya 1kg. Boleh tahan besar juga ikan gelama ni.
Ini dia masak asam pedas ikan sembilang...Peerrggh memang sedap.