Pada hari Jumaat, 24/01/2014 yang lepas kami 6 sekeluarga termasuklah Hazman berlepas dari Butterworth ke rumah Pak Cik DD di Shah Alam kerana ada 'family gathering' di sana. Pak Chik DD bermurah dan berbesar hati mengadakan jamuan makan malam di rumahnya. Jadi, ramailah ahli keluarga yang datang dan bermalam di sana termasuklah Tok Yah, Mak Lang & keluarga, Makndak & keluarga, Pak Tam & keluarga, Pak Su & keluarga, Noor & keluarga, Lah serta tidak ketinggalan wakil dari keluarga Terengganu, iaitulah Aiman.....Memang seronok bila ramai-ramai dapat berhimpun sebegini. Macam-macam telatah yang ada dari sekecil-kecil anak Pak Cik DD, Amelia, Safeerah anak Pak Su, Hazman...sampailah ke Tok Yah. Semuanya gembira berborak sambil menjamu selera.
Di bawah ini sempat dirakamkan beberapa gambar-gambar keluarga buat tatapan semua....
Yang paling seronok sekali.....Hazman.
Semasa dalam perjalanan ke Shah Alam, singgah sekejap di R&R Tapah. Pasal Man,....Radzie pun layan sama...Aikkk...yang kat belakang tu, nampak macam Sofea anak Noor. Betoi ka?
Betoilah tu...sempat jumpa keluarga Noor dan Lah serta Afiq.
Bersarapan dengan Bonda (Tok Yah)....berselera Mak makan...
Pak Cik DD bawa Mak bersiar-siar. Tengok pokok-pokok bunga.
Mak Lang pun tidak melepaskan peluang..
Tengok tu, betapa seronoknya Man naik basikal. Pusing satu haripun tak apa...ligat budak ni..
Asyiknya Pak Tam main piano...
Sembahyang berjemaah....
Persediaan awal untuk makan malam....
Macam sedap je...macam manis je..yang ni tak boleh...bahaya!!!!!
Yang ni OK kot ...
Semuanya bergembira...TERIMA KASIH PAK CIK DD DAN MAK CIK ZILAH..
Bila banyak sangat makan...matapun dah kuyu...Amboi-amboi...manjanya dia kat kak ipar.
Esoknya...ada makan lagi.....rajinnya Pak Cik DD & Azri....Mana Chef Atam?
Tu dia.....ketua Chef sedang beraksi di dapur.
Sebelum balik...bawa Man jalan-jalan & makan-makan....sedapnya sehingga menjilat pipi...