Translate

Ahad, 3 Jun 2012

Hari Pendaftaran Latifi Di UiTM Seri Iskandar, Perak


Oleh Roslan Saidin:

Syukur Alhamdulillah, seperti juga abang dan kakaknya, anakku yang ketiga, Latifi akhirnya berjaya menjejakkan kakinya ke menara gading. Itulah impiannya dan juga impian kami sekeluarga. 

Kami sekeluarga bertolak seawal pulul 5.30 pagi dari Butterworth dan sempat berhenti bersolat subuh di R&R Bukit Merah sebelum ke Taiping untuk berserapan pagi di warong Nasi Lemak Muhibah yang menjadi kegemaran anak-anakku berserapan pagi sejak dari dulu lagi. Maklumlah kami sekeluarga suatu ketika dulu pernah tinggal di Taiping (di antara tahun 1989 sehingga tahun 1995). Tambahan pula Hakimi, Shida dan Latifi merupakan anak-anak kelahiran Taiping, Perak. Jadi, Taping merupakan tempat singgahan kami jika aku dan keluarga keluar ke arah Selatan tanah air. 


Apa yang aku perhatikan, anakku Latifi asyik tersenyum semasa dalam perjalanan ke UiTM Seri Iskandar. 

 

Suasana di luar dewan semasa waktu pendaftaran. Teratur dan ramai pelajar senior serta kakitangan yang membantu bagi kelancaran semasa hari pendaftaran. Syabas, kepada warga kerja UiTM Seri Iskandar kerana persediaan mereka yang mantap.




Walaupun tidak banyak, ada juga meja-meja yang disediakan secara santai bagi memudahkan pelajar-pelajar baru mengisi borang untuk masuk ke Asrama.

Tengok...Latifi tengah tekun mengisi borang dan dibantu oleh adik kesayangannya, Anis.



Najmipun turut serta tidak melepaskan peluang membantu abangnya mana-mana yang patut.




Suasana di luar dewan pendaftaran.





Bergegas ke bilik no. 129, Tingkat 1, Asrama Angsana setelah mendapat kunci. Memang menjadi kebiasaan, dalam hal mengemas dan menyusun barang dalam bilik ini, aku serahkan tugas ini kepada emaknya.

Gambar ini diambil ketika berjalan ke arah bilik Latifi yang berdekatan dengan tangga.





Ramai pelajar-pelajar senior yang membantu kelancaran hari pendaftaran pelajar baru.





Dewan makan juga berdekatan dengan asrama. 


Sepetang Bersama Chef Atam Di Sungai Petani


Oleh Roslan Saidin:

Pada 29/05/2012 yang lalu, kami sekeluarga berkesempatan beramah mesra dan menerima  kehadiran Pak Tam yang sebelum ini menyahut pelawaan aku untuk menjadi Chef Jemputan di Sungai Petani. Walaupun Pak Tam agak sibuk dengan 'event'nya, akan tetapi dalam soal saji-menyaji resepi masakannya, Pak Tam tidak keberatan sebaliknya sudi meluangkan masanya bersama kami sekeluarga. 

Kami sekeluarga amat teruja sekali untuk mencuba keenakan masakan PakTam yang sememangnya handal dalam soal masak-memasak ini.

Bahan-bahan untuk menu masakannya kali ini adalah:

1. Ketam segar.






2. Ikan siakap segar.






3. Daging kambing.






Tengok, Pak Tam sedang asyik memasak.....





Haaa...ini dia 'Gulai Ketam Tumis Darat'....






Manakala ini pula 'Ikan Siakap Masak 3 Rasa'......






Yang ini pula kambing panggang lada hitam.....perrrrrgggghhhh memang terangkat & sedap.



Rajinnya Anis dan Najmi....bersiap sedia bagi menyajikan masakan Pak Tam....
 




Hemmmm...ini dia hasilnya.... amat-amat  menyelerakan...

Ayoh Tipi, sila banyakan doa...ayah dah tak sabar ni...