Translate

Ahad, 9 Disember 2012

Konvokesyen Abang Long Di UiTM Shah Alam


Alhamdulillah..syukur kehadrat Ilahi kerana Abang Long akhirnya berjaya menghabiskan pengajiannya di UiTM. Kalau dulu tu, sewaktu berusia 6 tahun, Abang Long amat gembira dan bersemangat bila menghadiri hari konvokesyen di tadikanya.


Itu dulu, tetapi  selepas 15 tahun, janji-janji Abang Long kepada Ayah dan Emak tertunai sudah bila Abang Long berjaya mencapai cita-citanya menjadi seorang graduan di IPTA dan menjadi contoh terbaik untuk adik-adiknya yang lain. Emak dan Ayah sentiasa berdoa semoga Abang Long gigih dalam pelajaran dan terus berjaya di masa-masa akan datang.














Sabtu, 17 November 2012

Hazman (2 Tahun), Cucu Saudaraku Yang Pandai Lipat Baju




Hazman (2 Tahun), Cucu Saudaraku Yang Pandai Lipat Baju...

Hebat..hebat..pandai sungguh Hazman yang baru berusia 2 tahun melipat seluarnya macam orang dewasa. Perhatikan betul-betul teknik lipatannya yang sungguh tersusun. Bukan calang-calang kanak-kanak kecil seusia beliau boleh melakukannya  (http://www.youtube.com/watch?v=NDyXFTt9Sok&feature=plcp). Gambar Hazman semasa berusia 1 tahun

Rabu, 19 September 2012

Bercuti Di Seri Iskandar Perak


Oleh Roslan Saidin:

Memandangkan tidak ada apa-apa yang perlu dibuat dan kebetulan pula cuti 3 hari, aku berkesempatan bercuti dengan anak-anak di Seri Iskandar Perak. Emaknya pula mengikuti rombongan sekolah bercuti di Kuala Lumpur.

Gambar-gambar yang sempat dirakam ketika bercuti...


































Ahad, 9 September 2012

Abang Long Sambung Belajar Di UITM Kota Bharu

Oleh Roslan Saidin:

Pada hari Jumaat, 7/9/2012 yang lepas, kami tiga beranak seawal jam 7.30 pagi telah berangkat dari Butterworth ke UITM Kota Bharu, Kelantan. Sebelum itu, sebagai rasa mengenang jasa guru-guru di sekolah rendahnya dulu, Abang Long berkesempatan menemui dan mengucapkan terima kasih kepada guru-guru lamanya di SK St. Mark Perai terutamanya Cikgu Tan, Cikgu Sugu, Cikgu Razak, Ustazah Mariatul,  Cikgu Chin dan Cikgu Tuzana . Jasa dan pengorbanan guru-guru di sekolah inilah yang banyak memberi galakan dan sokongan supaya Abang Long terus berjaya di dalam pelajaran selain dapat menjadi contoh yang terbaik untuk pelajar-pelajar lain serta adik-adiknya sendiri..



Sampai di Bandar Kota Bharu sekitar pukul 1.00 tengahari. Sebelum itu, perjalanan dari persimpangan Kuala Kerai ke bandar Kota Bharu yang agak sibuk sedikit sebanyak melambatkan perjalanan kami.



Selepas check-in di hotel yang terletak di tengah-tengah bandar, selain dapat refresh badan dan makan tengahari, tugas seterusnya menjejaki Kampus UITM Kota Bharu dan tempat penginapan (luar) Hakimi.




Sempat berjumpa dengan Land Lord yang hanya dikenali sebagai "Haji". Terima kasih kepada beliau yang telah bersusah-payah membuat kerja-kerja pembersihan selain  persiapan terakhir bagi membolehkan pelajar-pelajar menginap sebelum hari Ahad, 9/9/2012.


Boleh tahan juga keluasannya. Rasanya cukuplah untuk 8 orang pelajar.




Setelah selesai menguruskan hal-hal penginapan dan tempat belajar Hakimi, kini tibalah masanya untuk emaknya bershopping dan bersiar-siar:

Mula-mula ke:

KB Mall (Pacific)



Berikutnya ke Wakaf Che Yeh ( pada malamnya...)


Kawasan sekitarnya..meriah betul.



Pada hari berikutnya, 8/9/2012:

Tempat-tempat lain yang dilawati:





Tengok tu asyik bershopping, emak dengan anaknya....di Pasar Besar Siti Khadijah.




Dan akhir sekali...TESCO Kota Bharu.

Wow...ramainya orang. Sempat juga membeli peralatan dan barangan sebagai persiapan terakhir Hakimi untuk tinggal selama 2 setengah tahun di Kelantan.



Janji Ditepati.....sempat beli jersy Kelantan - team kesukaannya...untuk anak bongsuku, Radzie....




Apa yang jelas....Semuanya Happy......

Khamis, 23 Ogos 2012

Gambar Keluarga Di Hari Raya 2012



Oleh Roslan Saidin:

Kalut punya kalut, hanya gambar keluarga ini yang sempat di ambil ketika menziarahi hari rumah terbuka Mak Lang di Batu Kawan.

Ahad, 12 Ogos 2012

Hadiah Beg Tangan Hari Raya Daripada Ayah Dan Emak


Oleh Roslan Saidin:

Ha !...ini dia hadiah untuk anak-anak perempuan ayah dan emak untuk sambutan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini.

Apa macam...cantik tak pilihan ayah ini? Shida nak yang mana? Anis kata dia OK saja. Shida kena pilih dulu.

Apa-apapun yang terbaik untuk anak-anak perempuan ayah dan emak yang dua orang ini......

Ahad, 3 Jun 2012

Hari Pendaftaran Latifi Di UiTM Seri Iskandar, Perak


Oleh Roslan Saidin:

Syukur Alhamdulillah, seperti juga abang dan kakaknya, anakku yang ketiga, Latifi akhirnya berjaya menjejakkan kakinya ke menara gading. Itulah impiannya dan juga impian kami sekeluarga. 

Kami sekeluarga bertolak seawal pulul 5.30 pagi dari Butterworth dan sempat berhenti bersolat subuh di R&R Bukit Merah sebelum ke Taiping untuk berserapan pagi di warong Nasi Lemak Muhibah yang menjadi kegemaran anak-anakku berserapan pagi sejak dari dulu lagi. Maklumlah kami sekeluarga suatu ketika dulu pernah tinggal di Taiping (di antara tahun 1989 sehingga tahun 1995). Tambahan pula Hakimi, Shida dan Latifi merupakan anak-anak kelahiran Taiping, Perak. Jadi, Taping merupakan tempat singgahan kami jika aku dan keluarga keluar ke arah Selatan tanah air. 


Apa yang aku perhatikan, anakku Latifi asyik tersenyum semasa dalam perjalanan ke UiTM Seri Iskandar. 

 

Suasana di luar dewan semasa waktu pendaftaran. Teratur dan ramai pelajar senior serta kakitangan yang membantu bagi kelancaran semasa hari pendaftaran. Syabas, kepada warga kerja UiTM Seri Iskandar kerana persediaan mereka yang mantap.




Walaupun tidak banyak, ada juga meja-meja yang disediakan secara santai bagi memudahkan pelajar-pelajar baru mengisi borang untuk masuk ke Asrama.

Tengok...Latifi tengah tekun mengisi borang dan dibantu oleh adik kesayangannya, Anis.



Najmipun turut serta tidak melepaskan peluang membantu abangnya mana-mana yang patut.




Suasana di luar dewan pendaftaran.





Bergegas ke bilik no. 129, Tingkat 1, Asrama Angsana setelah mendapat kunci. Memang menjadi kebiasaan, dalam hal mengemas dan menyusun barang dalam bilik ini, aku serahkan tugas ini kepada emaknya.

Gambar ini diambil ketika berjalan ke arah bilik Latifi yang berdekatan dengan tangga.





Ramai pelajar-pelajar senior yang membantu kelancaran hari pendaftaran pelajar baru.





Dewan makan juga berdekatan dengan asrama. 


Sepetang Bersama Chef Atam Di Sungai Petani


Oleh Roslan Saidin:

Pada 29/05/2012 yang lalu, kami sekeluarga berkesempatan beramah mesra dan menerima  kehadiran Pak Tam yang sebelum ini menyahut pelawaan aku untuk menjadi Chef Jemputan di Sungai Petani. Walaupun Pak Tam agak sibuk dengan 'event'nya, akan tetapi dalam soal saji-menyaji resepi masakannya, Pak Tam tidak keberatan sebaliknya sudi meluangkan masanya bersama kami sekeluarga. 

Kami sekeluarga amat teruja sekali untuk mencuba keenakan masakan PakTam yang sememangnya handal dalam soal masak-memasak ini.

Bahan-bahan untuk menu masakannya kali ini adalah:

1. Ketam segar.






2. Ikan siakap segar.






3. Daging kambing.






Tengok, Pak Tam sedang asyik memasak.....





Haaa...ini dia 'Gulai Ketam Tumis Darat'....






Manakala ini pula 'Ikan Siakap Masak 3 Rasa'......






Yang ini pula kambing panggang lada hitam.....perrrrrgggghhhh memang terangkat & sedap.



Rajinnya Anis dan Najmi....bersiap sedia bagi menyajikan masakan Pak Tam....
 




Hemmmm...ini dia hasilnya.... amat-amat  menyelerakan...

Ayoh Tipi, sila banyakan doa...ayah dah tak sabar ni...