Translate

Khamis, 29 September 2011

Anakku, Khairuzshida Dapat Masuk Universiti....



Alhamdulillah, akhirnya cita-cita anakku untuk masuk ke manara gading termakbullah sudah. Hari ini anakku mendapat tawaran secara online ke Universiti Teknologi Mara, Cawangan Sri, Iskandar Perak dalam jurusan Arkitek / Landskap.




Gambar ini diambil semasa anakku ditemuduga di UITM Seberang Perai pada 17/09/2011 yang lalu.


Ayahnya sempat merakam gambar ini secara tidak sengaja ketika anaknya sedang ditemuduga oleh pegawai UITM.

Jumaat, 16 September 2011

Tok Masuk Hospital KPJ ...


Tok Yah tidak sihat dan dimasukkan ke Hospital KPJ lagi... kali ini kerana sakit jantung lamanya. Kata doktor saluran darah lama yang bersambung dengan gantian saluran darah Tok Yah yang dahulu ada masalah sikit.



Alhamdulillah, selepas 3 hari Tok Yah mendapat rawatan di hospital, Tok Yah bertambah sihat dan dibenarkan keluar hospital.

Khamis, 15 September 2011

Jemputan Hari Raya Rumah Pak Su & Mak Su


 Meriahnya rumah terbuka di rumah Pak Su & Mak Su....



Semua sanak saudara yang datang termasuklah Mak Lang dan keluarga....



Anak Pak Su, Syafi...pandai melayan anak-anakku. Tengok tu, ramahnya dia...



Banyaknya juadah yang dihidangkan termasuklah satay...kegemaran suamiku.
 


Cantiknya rumah Pak Su....landskap yang cantik. Garden ini mungkin Mak Su yang hias kerana memang bidang Mak Su pun...


Amatlah menyamankan.....


Rileks....rileks....


Mak Ndak, bila ada rumah terbuka macam ni, selalulah dia yang paling sibuk.....ke hulu dan ke hilir melayan tetamu....


Syafi dan anakku, Radzie memang dari dulu lagi ngam......tengok, makan laksapun bersama-sama.

Isnin, 5 September 2011

Ikan Patin Masak Tempoyak Diimpot Khas Dari Temerloh, Pahang


Memang hajat suamiku sebelum ini untuk makan Ikan Patin Masak Tempoyak Temerloh sering saja tak jadi. Terbaru, pada pertengahan tahun lepas, walaupun aku dan suami berkesempatan berada di Jengka, Pahang iaitu hanya lebih kurang 35 km dari pekan Temerloh. Akan tetapi, niat suamiku untuk merasai keenakan Ikan Patin Masak Tempoyak di Temerloh akhirnya terbatal dek disebabkan kami kesuntukan masa kerana terpaksa bergegas pulang ke Butterworth.

Tetapi hari ini, Alhamdulillah hajat suamiku untuk menjamah masakan orang-orang Istana di atas tertunai sudah bila kawan sekerjaku, Cikgu Hayazi yang baru saja pulang beraya di Trengganu singgah sebentar di pekan Temerloh untuk membeli masakan di atas semata-mata untuk suamiku.
 
Kalau nak tahu, apa komen suamiku:

1." Tak sangka ye ada juga kawan sekerja yang perihatin dan hatinya sebaik cikgu Hayazi. Memang tersentuh. Moga-moga niat ikhlasnya akan mendapat ganjaran yang sebaiknya daripada Allah SWT.

2." Memang sedap. Patutlah orang sanggup bayar beribu-ribu ringgit semata-mata untuk merasai keenakan menu asli dari Temerloh, Pahang ini".

3. Terima kasih 'Yang" untuk semua ini...

Aku pula....tersenyum puas kerana hajat suamiku selama ini tertunai sudah.....

Anakku Khairuzshida Pergi Hospital Dengan Ayahnya


Seperti yang dijadualkan sebelum ini, hari ini ayahnya terpaksa menyambung lagi cuti rayanya semata-mata untuk membawa anak perempuannya, Khairuzshida mengambil darah untuk perjumpaan dengan doktor pakar pada 1/11/2011 nanti.

Maklumlah baru saja lepas hari Raya. Suasana di hospital mengikut cerita suamiku tersangatlah ramai. Bercuti panjanglah katakan. Doktor dan jururawatpun nak bercuti juga....




Rasa nak tercabut kaki dan lengoh seluruh badan cerita suamiku dengan nada mengeluh. Masakan tidak, terpaksa menunggu giliran dari pukul 9.00 pagi sehinggalah ke jam 12.30 tengahari. Kemudian pula ke klinik Munirah untuk ujian darah (serum) yang lain sehinggalah ke pukul 2.00 petang.

Memang berbaloi ayahnya mengambil cuti hari ini. Minggu depan, 12/09/2011 dan 01/11/2011 giliran aku pula. Begitulah kebiasaannya.....kenalah bergilir-gilir.

Latifi & Najmi Balik Asrama



Setelah lebih seminggu balik beraya di rumah, kini tibalah masanya  kedua-dua anakku, Tipi dan Najmi balik semula ke asrama mereka. Seperti biasa air muka mereka akan bertukar sedih  dan tidak seperti ketika mula-mula balik dulu. Tengok, gaya mereka nak berjalanpun macam tak bersemangat. 

Kalau masa nak balik tempohari, siap boleh berlari lagi dan senyum  serta ketawa  mereka  tak henti-henti sehinggalah sampai di rumah.

Tak perlulah nak tipu kepada diri sendiri. Aku sendiripun pernah mengalami perasaan yang sama ketika  belajar dan mula-mula 'posting' dulu. Lagilah jauh...nun di Trengganu. Nasib baiklah aku berkahwin dengan hubbyku, dapatlah kami sama-sama tinggal di Penang, di negeri asal kelahiranku. Syukur Alhamdulillah........................

Ahad, 4 September 2011

Menu Istimewa Untuk Anak-Anakku


Ini dia menu istimewa yang dimasak oleh ayahnya...Ikan Siakap Kukus Black Pepper.




Ini pula menu masakan aku, ikan siakap kukus 'tau chu'....

Bersarapan Di Seberang Jaya


Seawal pukul 7.00 pagi aku berkesempatan mengikuti hubby aku bersarapan pagi di Food Court, Seberang Jaya. Sebenarnya hari ini ketiga-tiga anak lelaki aku akan balik ke Asrama dan Kampus mereka. Jadi, hari ini aku dan ayahnya bercadang nak cari lauk dan memasak menu yang sedikit istimewa dari hari-hari biasa sebelum mereka berangkat pulang. Sebelum pasaraya Tesco buka pukul 8.00 pagi adalah masa yang terbaik untuk aku bersarapan dengan hubbyku.... nak tahu apa makanan kegemarannya?....



Maklumlah, baru lepas raya, orang ramai sekitar bandar Seberang Jaya berpusu-pusu membeli juadah sarapan pagi mereka di sini. Ada yang selesa makan di situ, dan ada pula yang 'tau pau' untuk dimakan di rumah. Aku dan suamiku lebih gemar makan di situ kerana kesegaran dan kepanasan makanan yang dipesan. 

Lihat saja gambar di bawah betapa enaknya 'Char Koew Teow' yang dimasak panas berasap berserta dengan udang segar di dalamnya...Fuhhhh...perghhhh....memang menjilat jari....



Sebenarnya susah nak cari orang jual 'Char Koew Teow' di sebelah pagi di sekitar Pulau Pinang ini, kecualilah di Food Court, Seberang Jaya ini....



Nasi lemaknya pula memang sedap. Berserta dengan sambal tumis hitamnya yang pekat. Semestinya meruntun jiwa betul......Harganya pula amat-amatlah  berpatutan. 

Bersarapan di sini begitu mengasyikkan....sedar tak sedar, jam sudah menunjukkan pukul 8.00.   Terpaksalah berhenti dulu kerana tujuan sebenarnya hendak ke pasaraya Tesco Seberang Jaya....

Apakah menu-menu menarik yang akan dimasak oleh ayah untuk anak-anaknya nanti?..sama-samalah kita tunggu  entri terkini petang ini.....

Rumah Terbuka Pak Su Mat


Selepas balik dari kenduri kahwin petang tadi, sebaik saja sembahyang maghrib, aku dan keluarga terpaksa memenuhi pelawaan adikku, Mat untuk menjamu selera di rumahnya sempena hari terbuka Aidil Fitri.

Macam-macam ada!....daripada kuih raya, mee hun, lontong, ketupat dan rendang serta laksa...


Hai betapa letihnya Pak Su...dari pagi sehingga ke malam...masih menyambut tetamu yang lewat datang termasuklah aku.



Di antara tetamu yang datang...termasuklah Pak Cik katanya, baru sampai ...




Anakku, Najmi pun tak mahu melepaskan peluang.......makan ..jangan tak makan.

Sabtu, 3 September 2011

Menghadiri Kenduri Kahwin Tuan Roslan & Rahmah


Dalam kesibukan menghadiri majlis rumah terbuka Aidil Fitri, aku juga berkesempatan menghadiri jemputan kenduri perkahwinan kawan baikku, Cikgu Rahmah dan suaminya Tuan Roslan. Walaupun sudah lama tidak berjumpa namun kemesraan bila berjumpa sudah cukup untuk mengingati memori lama ketika bersama-sama beliau bertugas di Perai dulu.
Tambahan  pula anaknya ( pengantin perempuan), Najihah adalah bekas anak muridku dulu. Memori di antara Cikgu dengan bekas anak muridnya dapat terus diabadikan melalui gambar terbaru seperti berikut:


Selamat pengantin baru. Moga berbahagia hingga ke akhir hayat.....

Gambar Hari Raya 2011


Sedar tak sedar sudah masuk Hari Raya ke 5 hari ini. Maknanya sudah hampir seminggu anak sulungku balik beraya di rumah. Dalam kesibukan menyambut tetamu datang ke rumah, tahun ini tak sempat pula bergambar dengan anak-anakku yang lain. Ke mana lagi, kalau tak ke rumah Mak Ngahnya di  Kepala Batas.  Sebagai kenangan untuk hari Raya tahun ini dan sebelum anakku balik ke kampusnya di Jengka, aku hanya berkesempatan  bergambar dengan hubby dan anak sulungku, Hakimi. 

Tengok gambar di bawah dan di atas:-



Hai dah besar panjang anakku ini......



Bergambar dengan ayahnya.....

 


Hai...manjanya aku....kat mana ada hubbyku, di situ jugalah ada aku.....

Khamis, 1 September 2011

Berhari Raya Di Rumah Tok Ndak...


Alhamdulillah, dalam kesibukan aku sekeluarga berhari Raya, perkara yang tidak pernah aku elak tiap-tiap tahun ialah mengunjungi rumah satu-satunya saudara ibuku, iaitulah Mak Ndak. Mak Ndak dan sepupu-sepupuku amat berbesar hati bila kami mengunjungi mereka.

Moga-moga keceriaan mereka bersama-sama anak-anak saudara akan berterusan dan dipanjangkan umur serta  dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah SWT.

Lihatlah gambar di atas betapa cerianya Mak Ndak bersama-sama ibuku.





Anak-anakku juga berkesempatan bermesraan serta beraya dengan Tok Ndak mereka.