Translate

Jumaat, 7 Oktober 2011

Pak Tam Pandai Masak


Sebelum Pak Lang & Mak Lang berangkat ke Tabung Haji, Pulau Pinang pagi tadi, Pak Tam telah berjanji untuk menyediakan sarapan pagi Nasi Lemak Sambal Udang Special. Kalau nak tengok nasi lemak Pak Tam, sila lihat di bawah:-


Haa...ini dia...memang sedap dan amat menyelerakan. Pandai Pak Tam masak...keenakan rasanya mengalahi Chef lima bintang...bukan terlebih memuji, tapi, itulah realitinya.



Semuanya lengkap dalam nasi lemak Pak Tam..udang, telor, timun, dan ikan bilis. Kalau sesedap macam nilah, sepinggan RM5 pun sanggup aku beli. Sehinggakan ayahnya tambah nasi sampai dua pinggan.


Mak Lang & Pak Langpun tidak ketinggalan untuk menjamu selera..menu nasi lemak special Pak Tam....

Terima kasih Pak Tam.......

Tiada ulasan: