Translate

Memaparkan catatan dengan label Pak Tam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pak Tam. Papar semua catatan

Ahad, 3 Jun 2012

Sepetang Bersama Chef Atam Di Sungai Petani


Oleh Roslan Saidin:

Pada 29/05/2012 yang lalu, kami sekeluarga berkesempatan beramah mesra dan menerima  kehadiran Pak Tam yang sebelum ini menyahut pelawaan aku untuk menjadi Chef Jemputan di Sungai Petani. Walaupun Pak Tam agak sibuk dengan 'event'nya, akan tetapi dalam soal saji-menyaji resepi masakannya, Pak Tam tidak keberatan sebaliknya sudi meluangkan masanya bersama kami sekeluarga. 

Kami sekeluarga amat teruja sekali untuk mencuba keenakan masakan PakTam yang sememangnya handal dalam soal masak-memasak ini.

Bahan-bahan untuk menu masakannya kali ini adalah:

1. Ketam segar.






2. Ikan siakap segar.






3. Daging kambing.






Tengok, Pak Tam sedang asyik memasak.....





Haaa...ini dia 'Gulai Ketam Tumis Darat'....






Manakala ini pula 'Ikan Siakap Masak 3 Rasa'......






Yang ini pula kambing panggang lada hitam.....perrrrrgggghhhh memang terangkat & sedap.



Rajinnya Anis dan Najmi....bersiap sedia bagi menyajikan masakan Pak Tam....
 




Hemmmm...ini dia hasilnya.... amat-amat  menyelerakan...

Ayoh Tipi, sila banyakan doa...ayah dah tak sabar ni...


Sabtu, 8 Oktober 2011

Mee Kuah Udang Kering Ala Pak Tam


Apa yang sedap sangat tu Pak Chik DD...sampai terangkat jari?  Hai...mesti menu terbaru Pak Tam agaknya?




Betoilah tu....menu terbaru Pak Tam kali ini ialah "Mee Kuah Udang Kering"... Mak Teh dan Pak Teh dah pun try......memang 'Huow Liauuuuuu..." tambah dua kali....pun rasa nak makan lagi....!!! 


Banyak Pak Tam buat....last sekali habis lincin kata orang Penang...

Jumaat, 7 Oktober 2011

Pak Tam Pandai Masak


Sebelum Pak Lang & Mak Lang berangkat ke Tabung Haji, Pulau Pinang pagi tadi, Pak Tam telah berjanji untuk menyediakan sarapan pagi Nasi Lemak Sambal Udang Special. Kalau nak tengok nasi lemak Pak Tam, sila lihat di bawah:-


Haa...ini dia...memang sedap dan amat menyelerakan. Pandai Pak Tam masak...keenakan rasanya mengalahi Chef lima bintang...bukan terlebih memuji, tapi, itulah realitinya.



Semuanya lengkap dalam nasi lemak Pak Tam..udang, telor, timun, dan ikan bilis. Kalau sesedap macam nilah, sepinggan RM5 pun sanggup aku beli. Sehinggakan ayahnya tambah nasi sampai dua pinggan.


Mak Lang & Pak Langpun tidak ketinggalan untuk menjamu selera..menu nasi lemak special Pak Tam....

Terima kasih Pak Tam.......

Isnin, 8 Ogos 2011

Pak Tam Jadi Chef Pulak



Kali ini suamiku yang update blog ini pasal nak cerita pasal Pak Tam yang serba boleh ini. Daripada seorang pengacara bertaraf lima bintang. Tup-tup hari ini Pak Tam tukar profession pulak jadi Chef lima bintang. Kalau tak percaya tengoklah sendiri gambar tebaru Pak Tam yang di MMS sendiri   petang tadi. Siap dengan Apron tajaan Maggi lagi. Katanya menu masakan hari ini adalah resepi terkenal dari Mexico. Iaitulah 'Sup bunjut batang sawi '...



Haaa..kan dah kata. Tengoklah hasil air tangan Pak Tam. Sungguh menyelerakan. Tak sia-sialah Pak Tam belajar memasak masa di rumah bujang dulu. Lepas ni, tak payahlah Pak Tam pergi makan nasi kandaq dan steam boat kat Tanjong lagi......

Selasa, 28 Jun 2011

Pak Tam Yang Terus Cemerlang

Pak Tam Mempunyai Bakat Yang Cemerlang Di  Dalam Dunia Pengacaraan Dan Penyiaran.
Beraksi dengan cemerlang semasa lawatan KDYMM SPBYDP Agong  ke Pulau Pinang baru-baru ini.