Translate

Ahad, 9 Oktober 2011

Ceramah Pencegahan Jenayah Di Unit Kediaman TATI, Butterworth.


Hari ini di Apartment Teluk Air Tawar Indah (TATI) telah di adakan dialog pencegahan jenayah di antara persatuan penduduk Block A & B dengan wakil Polis daripada Balai Polis Teluk Air Tawar, Butterworth yang dipimpin oleh Tuan Jeff selaku jurucakap dan penceramah.

Banyak perkara yang telah diperbincangkan mengenai kes-kes kecurian motor yang semakin menjadi-jadi sekarang ini. Termasuklah juga dua kes pecah rumah yang melibatkan rumah block B.

Tuan Jeff telah memberi taklimat tentang cara-cara pencegahan dan perlunya tindakan secara bersesama yang mewakili semua penduduk di TATI ini.


















Telah diadakan juga sesi soal-jawab tentang perkara-perkara yang berbangkit serta gerak kerja yang perlu dilakukan oleh penduduk TATI bagi menjamin keselamatan harta benda dan nyawa penduduk di sini.








Kaum-kaum ibu juga turut serta bagi menjayakan program ini dengan menyediakan sajian ringkas di samping   menyertai sesi soal jawab yang berkaitan dengan kerjasama kaum wanita bagi membenteras jenayah kecurian motor dan pecah rumah.

Sila lihat rakaman video di bawah:


Terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga Polis di atas sikap keperihatinan dan bersungguh-sungguh anda dalam mengurangkan kadar jenayah di Malaysia.... dan terima kasih juga kepada warga penduduk TATI terutamanya Encik Faisal @ Paizon, Encik Azizan, Encik Hanif serta AJK yang terlibat di atas kelancaran program pada pagi ini.

Tiada ulasan: