Translate

Rabu, 12 Oktober 2011

Perginya Kak Chaq Yang Disayangi Buat Selama-Lamanya....


Oleh Roslan Saidin...

Tanggal 10hb Oktober, 2011 jam 7.48 malam yang lalu, telah kembalinya Kekandaku yang tercinta, Ajimah Saidin ke Rahmatullah iaitu setelah hampir 10 hari menerima rawatan di Hospital KPJ Bandar Perda. Maka dengan itu jugalah berakhirnya kisah kehidupan seorang kekanda yang diingati oleh adindanya sebagai seorang  yang amat penyayang, periang serta pendengar setia kepada kisah suka duka adinda-adindanya. 



Kekadang sikapnya yang selalu riang bercerita dan berjenaka  dengan adinda-adindanya menjadi pengubat kepada perjalanan hidup yang dilaluinya dengan penuh sabar dari mula sehinggalah ke akhirnya. Itulah kekuatan yang ada pada Kak Chaq yang tidak dimiliki oleh adik-adiknya sendiri. 



Dibesarkan bersama adik beradik seramai 7 orang. Kak Chaq adalah kakak dan juga ada ketikanya berperanan sebagai ibu kepada kami  4 adik lelaki yang masih kecil ketika itu. Kami amat bertuah kerana dibesarkan di bawah didikan Kak Chaq yang penyayang,  yang tidak jemu-jemu menyuap nasi di kala kami masih kecil. Pengorbanan Kak Chaq sebagai anak yang tertua di dalam keluarga tidak pernah diragui malah menjadi contoh sebagai anak yang  baik, yang sentiasa bersama dan membahagiakan bonda dari kecil sehinggalah ke akhir hayatnya.



Kak Chaq yang disayangi lagi diingati. Semoga Kak Chaq tenang di sana dan  sentiasa dilindungi Allah serta berada di kalangan  para solehah. Amin.


Tiada ulasan: