Translate
Memaparkan catatan dengan label Jalan Jalan Dan Makan Makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jalan Jalan Dan Makan Makan. Papar semua catatan
Sabtu, 24 Disember 2011
Jalan-Jalan Cari Makan Di Taiping
Oleh Roslan Saidin:
Hari ini aku bercuti semata-mata untuk mengambil anak-anakku pulang bercuti kerana cuti umum sempena sambutan Hari Raya Krismas. Dalam perjalanan ke Seri Iskandar, Perak, aku serta keluarga berhenti sekejap untuk menjamu sarapan pagi di Nasi Lemak Warong Muhibbah yang amat terkenal di Taiping, Perak. Lokasi perniagaannya terletak di Tupai, Taiping iaitu berdekatan dengan Taman Tasik Taiping.
Ini dia menu specialnya Nasi Lemak kuah Sotong....pergggggh memang terangkat rasanya
Tengok tu, anak-anakku sibuk memesan nasi lemak mereka...
Heeeemmmm...sedapnya. Boleh ke ayah belanja lagi?
Tuan punya kedai tengah sibuk meminta pesanan pelanggan-pelanggannya...ada Melayu, Cina dan Indiapun ada....patutlah kedainya bernama Warong Muhibbah.
Tengoktu...anakku makan sampai habis lincin..................
Ahad, 4 Disember 2011
Jalan-Jalan Dan Makan-Makan
Pada hari Selasa yang lepas aku terpaksa membawa anakku, Radzie keluar makan malam di Restoran bersebelahan dengan jambatan Sungai Semeling, Kedah. Bukannya apa, lama tidak membawa mereka makan di situ sambil menikmati keindahan sungai Semeling dan hutan paya bakaunya yang indah.
Kubah bulat di sebelah kiri itu adalah replika rumah untuk memproses kayu paya bakau menjadi arang kayu. Manakala restorannya pula terletak di sebelah kanan.
Menghampiri restoran yang di maksudkan....
Bot-bot kecil dan mewah berlabuh di jeti kecil yang di bina untuk tujuan persendirian dan komersial ( bot sewa).
Aktiviti memancingpun, dibenarkan di sini.
Bot marin pun juga berlabuh di sini.
Asyiknya mereka memancing.....
Ini dia masakan kegemaran keluargaku sudah sampai....hmmmm ikan siakap masak tiga rasa...memang meruntun jiwa.
Anis....malu-malu pulak...habis 2 pinggan licin
Hai .... Najmi senyum meleret nampak.....nak tambah lagilah tu...tengok macam mak dia tu...slow & steady...
Nak tau...sebab apa kena belanja Radzie...? tunggu episod berikutnya....
Langgan:
Catatan (Atom)














